CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 PPK Makan Rasuah Urus Jenazah Dipenjara Sehari

23-12-2022 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1434| Komen: 16

Tiga pembantu perawatan kesihatan (PPK) Hospital Kajang dijatuhi hukuman penjara sehari serta denda antara RM3,000 dan RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, Shah Alam, semalam kerana menerima suapan berhubung kerja-kerja pengurusan jenazah.


Tertuduh, Mohd Nizam Nordin, 42, Sharum Hassim, 42 dan Muhd Azhar Nahar, 45 dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menerima rasuah tersebut bagi kerja-kerja pengurusan jenazah Hospital Kajang.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.


Gambar hiasan

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh itu menjalani hukuman penjara tersebut mulai semalam dan diarah menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.


Mengikut pertuduhan pilihan itu, Mohd Nizam, Sharum dan Muhd Azhar iaitu pembantu perawatan kesihatan di Unit Forensik Hospital Kajang, masing-masing didakwa menerima wang berjumlah antara RM300 dan RM600 daripada seorang lelaki berusia 34 tahun melalui akaun mereka tanpa sebarang balasan, yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasmi iaitu kerja-kerja pengurusan jenazah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dua cawangan bank tempatan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah dan cawangan bank di Kajang, Hulu Langat antara 21 Mei hingga 9 Disember 2020.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh iaitu Mohd Redzuan Che Husain, 34, dan Mohd Fariq Ariffin, 34, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Kajang memilih untuk dibicarakan.

Tarikh pengurusan kes untuk kedua-dua tertuduh tersebut ditetapkan pada 4 Januari depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Aliff Shaharuzaman manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Mohd Fikah Sanusi.

Pada Oktober tahun lalu, media melaporkan lima kakitangan hospital ditahan SPRM Selangor kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di premis berkenaan. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-12-2022 07:15 PM
Kerja hapa ni? 'Jual' mayat kat funeral parlour Moslem?
Quote Login_ID 23-12-2022 08:16 PM
dua_chzy replied at 23-12-2022 07:15 PM
Kerja hapa ni? 'Jual' mayat kat funeral parlour Moslem?

Di hospital selalunya ramai undertaker yg menunggu klu ada kematian. Ni terutama cina sbb kos pengurusan jenazah diorang mahal dan bagi untung sama
Undertaker ni.

So dlm berebut2 ni diorang akan cakap dgn petugas hospital, klu ada kematian bagi tau diorang. Siapa yg bagitau tu undertaker akan bagi wang rm300-600 gitu.  Diorang bukan minta, tapi bila diorang inform undertaker, undertaker ni sendiri yg bagi.

Tapi klu di tmpt kerja hubsnd sy dulu diorang bukan ambil duit tu utk kegunaan individu, diorang kumpul dlm tabung unit diorang. Duit unit tu diorang akan guna masa jamuan unit, atau beli hadiah klu ada staff kawin, bersalin, atau pindah kerja.
Quote Suchi 23-12-2022 08:25 PM
Demi duit 3-6 ratus camtu tak memasal masuk jail dan mungkin akan masuk lama kalau tak mampu bayo denda.
Pastu kira kena buang la kan? Penjawat awam mana bleh ada rekod jenayah
Quote dua_chzy 23-12-2022 09:02 PM
Login_ID replied at 23-12-2022 12:16 PM
Di hospital selalunya ramai undertaker yg menunggu klu ada kematian. Ni terutama cina sbb kos peng ...

Klu undertaker ada deal sama hospital, ok la. Yang buat kerja blakang2 ni yang susah...
Quote b_n_c 23-12-2022 09:28 PM
Suchi replied at 23-12-2022 08:25 PM
Demi duit 3-6 ratus camtu tak memasal masuk jail dan mungkin akan masuk lama kalau tak mampu bayo de ...

ya pernah dgr taklimat, penjawat awam kalau dijatuhkan hukuman penjara sehari walaupun dia x duduk pun dlm penjara tu, mmg dh xleh kerja gomen dah..


Quote SedihPedih 23-12-2022 09:55 PM
dua_chzy replied at 23-12-2022 09:02 PM
Klu undertaker ada deal sama hospital, ok la. Yang buat kerja blakang2 ni yang susah...

I rasa mcm salah juga cara deal ni. Sebab duit2 ni x boleh ke tabung2 selain unit hasil. So, jgn ambil ringan hal2 ni.
Quote ninnakarinna 23-12-2022 10:46 PM
SedihPedih replied at 23-12-2022 09:55 PM
I rasa mcm salah juga cara deal ni. Sebab duit2 ni x boleh ke tabung2 selain unit hasil. So, jgn a ...

Betul. Kalau aku pindah ke, hadir jamuan ke... Tak nak aku mkn dan amik hadiah hasil deal mayat mcm ni.

Kalau aku tau la.
Quote ninnakarinna 23-12-2022 10:47 PM
Login_ID replied at 23-12-2022 08:16 PM
Di hospital selalunya ramai undertaker yg menunggu klu ada kematian. Ni terutama cina sbb kos peng ...

Kena clarify la.. Mana boleh buat mcm petty cash gitu.. Hukum nya halal ke?
Quote menjad 23-12-2022 10:51 PM
Ngan kematian punnnn nak buat duit jugak. Kematian tuh punnnn tak dapat menginsafkan korang.

Habih lah pencen korang. Umo dah 40an payah dah nak carik kerja lain. Dek seratus dua yang dikejar
Quote kitmal 23-12-2022 11:02 PM
Login_ID replied at 23-12-2022 08:16 PM
Di hospital selalunya ramai undertaker yg menunggu klu ada kematian. Ni terutama cina sbb kos peng ...

"tapi klu di tmpt kerja hubsnd sy dulu diorang bukan ambil duit tu utk kegunaan individu, diorang kumpul dlm tabung unit diorang. Duit unit tu diorang akan guna masa jamuan unit, atau beli hadiah klu ada staff kawin, bersalin, atau pindah kerja."


Ni pun salah dan ketua jabatan/unit boleh di kenakan tindakan tatatertib (kalau kerja kerajaan)..arahan pembendaharaan
Quote syaz_lina 23-12-2022 11:09 PM
Boleh pulak justify, duit tu share ramai2 buat jamuan etc. So fu*kup la this kind of mentality among gomen staff. Ko tak tau ke rasuah yg dia bg tu keluar dari poket waris si mati
Quote dua_chzy 24-12-2022 12:58 AM
SedihPedih replied at 23-12-2022 01:55 PM
I rasa mcm salah juga cara deal ni. Sebab duit2 ni x boleh ke tabung2 selain unit hasil. So, jgn a ...

A'ah memang salah pun tapi aiols tamau offend sister porumer tu.
Quote belacan_gurl 24-12-2022 02:36 AM
Abislaaa terus kena buang keja lahhh kikikikiki
Quote MisXoXo 24-12-2022 07:33 AM
Bosskur lek2 ja duk kelas 1 ..walau dh dlm penjara..adilkah
Quote boo07 2-12-2024 08:02 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:20 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.296616 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top