Sikap pemurah rakyat Malaysia mendorong kebanjiran warga asing terutama etnik Rohingya mengambil kesempatan dengan menjadi pengemis di beberapa lokasi tumpuan.
Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan semakin berani bertindak biadab dan kurang ajar termasuk memarahi rakyat tempatan sekiranya permintaan tidak ditunaikan. Situasi tersebut turut dirakam seorang pengguna TikTok yang berhadapan dengan pengemis di ibu negara baru-baru ini. Menerusi rakaman video berdurasi 17 saat itu, pengemis yang memakai selendang berwarna hitam dan putih itu turut menutup separuh wajahnya bagi mengelak daripada dikenali.
Sambil memegang tisu yang dipercayai barang jualannya semasa mengemis, dia dikatakan meminta makanan daripada seorang peniaga. Pun begitu, peniaga terbabit enggan memberikannya secara percuma dan meminta wanita terbabit membayar menggunakan wang yang diperoleh. “Bak (bagi) sini duit... mana you punya duit. Tak ada duit, tak ada. Sekarang semua barang tak ada free punya, semua kena bayar. “You minta duit sana sini, sekarang you lagi nak minta dengan saya makan,” ujar peniaga terbabit. Susulan daripada itu, wanita tersebut dilihat seperti merengus dan marah sebelum berlalu pergi. Rakaman video sikap yang ditunjukkan warga asing berkenaan menjadi tular sehingga menerima lebih 743,000 jumlah tontonan di TikTok. Malah rata-rata netizen turut memihak kepada peniaga itu kerana bersikap tegas dengan peminta sedekah dalam kalangan etnik Rohingya. Lebih mengejutkan apabila terdapat salah seorang pelayar yang mengaku pernah mengemis dengan menjual tisu kerana melakukan tugasan pelajaran berkongsi pengalamannya. Mana tidaknya, dia menyatakan dapat memperoleh wang ratusan ringgit dalam tempoh hanya beberapa jam sahaja. Sumber: mStar
|
MissVixen replied at 23-12-2022 07:28 PM
Ada juga rohingya nak menyamar jadi palestin untuk minta sedekah.
Sapelah penulis lirik lagu selamat ...
dua_chzy: Padan muka Melayu yang sayangk ...
MissVixen replied at 23-12-2022 07:28 PM
Ada juga rohingya nak menyamar jadi palestin untuk minta sedekah.
Sapelah penulis lirik lagu selamat ...
dua_chzy replied at 23-12-2022 07:50 PM
Padan muka Melayu yang sayangkan sangat Rohingla ni dulu. Tertindas konon. Genocide konon. Bagi muka ...
Belibis replied at 23-12-2022 08:34 PM
Tak baik taw...apa beza geng sabah yang bagi muka kat pilak tu??[em:18:]
anakkerengga replied at 23-12-2022 09:58 PM
Yg aku heran… mcm mn rohingya ni blh guna perkhidmatan klinik krjn. Dkt rumah aku ni ada klinik ibu ...
krustykrab replied at 23-12-2022 01:33 PM
Salah sekornya pemimpin kesayangan chuols lah, siap buat majlis besar² lagi utk solidarity konon. ...
ADVERTISEMENT