CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahun 2022 Adalah Yang Paling Sedih Dan Tragis Dalam Hidup Kekasih Cristiano Ronaldo

23-12-2022 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1595| Komen: 6

LISBON –  Georgina Rodriguez yang merupakan teman wanita Cristiano Ronaldo, akhirnya bercerita tentang tahun paling sukar dalam hidup bintang bola sepak Portugal berkenaan, lapor portal berita The Sun.


Dalam apa yang sepatutnya menjadi saat paling gembira pada tahun 2022, ia sebaliknya menjadi detik paling sedih selepas dia kehilangan anak lelakinya secara tragis.

Pada April lalu, model berusia 28 tahun itu menjangkakan akan mendapat bayi kembar lelaki dan perempuan bersama Ronaldo, 37, tetapi salah seorang daripada anak mereka meninggal dunia semasa lahir.


Foto: AFP

Bayi perempuan pasangan itu, Bella Esmeralda masih hidup tetapi jatuh sakit tiga bulan selepas kematian kembarnya dan terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital menyebabkan rumah tangga Ronaldo mengalami lebih banyak tekanan.


Muncul dalam edisi Januari Elle Spain, Rodriguez berkata: “Tahun ini adalah yang paling rumit dalam hidup saya, saat paling gembira menjadi yang paling menyedihkan.

“Ia adalah sesuatu yang akan menemani saya sepanjang hayat dan tidak akan dapat kami lupakan.”

Portugal terkandas dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia di Qatar apabila tewas kepada Maghribi 1-0 dengan Ronaldo hanya bermain pada separuh masa kedua. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-12-2022 04:59 AM
Kalau ronaldo tak kawen dgn dia sampai mati, agak2 dia dapat tak warisi harta ronaldo?
Quote Lily_Elizabeth_ 24-12-2022 09:43 AM
Perawankota: Kalau ronaldo tak kawen dgn di ...


I rasa dapat. Sebab tgk series gio ni. CR sgt in love with her. I rasa tak tawen sebab mak CR mmg tak mahu nantu. Anak sulung CR mak CR pernah cakap she tak kesah siapa omak cucu dia, mereka lebih pentingkan kehidupan cucu.

Tapi kan, mmg nasib gio ni mmg bintang bersinar di ufuk timur. CR terpikat pada dia masa kerja GUCCI.

Menjawab soalan you I rasa dia dapat. Plus now dia ada buat business dgn popularity dia. Asal jadi duta product endorse dia sure laku. Plus dia ni lawa lah. Berbentuk bentuk badan dia. Mmg lawa.
Quote mejaputih 24-12-2022 09:47 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 24-12-2022 09:43 AM
I rasa dapat. Sebab tgk series gio ni. CR sgt in love with her. I rasa tak tawen sebab mak CR mmg  ...

Kiranya naak2 eobaldo confirm dpt mewarisi harta ronaldo kan? Ronaldo suka anak ramai..anak2 untung betul lahir dlm dulang emas...gf pula lawa pandai jaga body walau berank pinak
Quote Lily_Elizabeth_ 24-12-2022 09:57 AM
mejaputih replied at 24-12-2022 09:47 AM
Kiranya naak2 eobaldo confirm dpt mewarisi harta ronaldo kan? Ronaldo suka anak ramai..anak2 untun ...

Dapat. Nama pun anak anak sendiri. Sebab CR ni mmg suka charity pun pada all kanak kanak kat country dia. Ada je dia buat sumbangan. Duit berkoyan dan dia ada kind hearted person.

Gio ni kan, dia kata (I nonton lah series dia, bukan I IV dia - ehek - , dia mmg food eater, sebab dia nak energy dari foods untuk jaga anak anak dia yang ramai kecik kecik tu. Untuk berbentuk body dia, dia buat senaman. Pulak tu mmg dah bertuah dapat features lawa tambah badan curvy  mmg meletup lah dia. Good for her. Dia pun rajin buat charity for kanak2 miskin. Bagi kasut nike lah, seluar lah all brand new.

Dalam grouping kawan2 dia masa dok vacay ni, mmg terserlah kelawaan dia. Muka dia outstanding. Kalah filmstar Hollywood.
Quote Lily_Elizabeth_ 24-12-2022 10:03 AM
Jadi for cik kak poremer dalam ni hat ada big bum bum, please dont shy. Embrace yourself okay. Pakai kemas kemas. Kemas kan muka, berhias selalu. Senam. Big bootie bukan halangan okay. Tgk GIO. lawa betui!!!.
Quote cmf_blanco 24-12-2022 08:42 PM
Badan Gio ni cantik, walau dah beranak. Dia rajin buat workout, boleh jadi body goal..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.033879 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top