CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Habis Makan Baru Perasan Ulat Dalam Kicap Sushi King - 'Staf Berlagak Macam Kita Yang Salah'

23-12-2022 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3236| Komen: 23

Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelanggan mendakwa terjumpa ulat dalam kicap yang dihidangkan di sebuah restoran Sushi King.

Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai @Dyra Salleh, dia menyedari terdapat ulat dalam kicap itu hanya setelah selesai makan di restoran sushi berkenaan kelmarin.



TikTok

Tambahnya lagi, dia telah memaklumkan isu berkenaan kepada salah seorang pekerja di situ, namun hampa kerana reaksi pekerja berkenaan seolah-olah menyifatkan kehadiran ulat di dalam kicap itu berpunca daripadanya.




Berikutan penularan video itu dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai, Sushi King tampil memberikan kenyataan bahawa pihak mereka telah menghubungi pelanggan tersebut untuk memohon maaf atas pengalamannya di Sushi King.



Mengambil serius setiap maklum balas pelanggannya, pihak Sushi King melaporkan mengenai kejadian kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi langkah selanjutnya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 23-12-2022 07:11 PM
Akak syak lepas ni sushi king mesti akan guna pendekatan bagi kicap dalam pek plastik kecik2 je sister.

Bukan apa, pakai botol kicap macam tu letak kat atas meja untuk semua pelanggan guna, coba engkau orang bayangkan sister, mesti ada yang sejenis pengotor entah macam manalah dia handle bekas kicap tu sis. Belum masuk yang bawak anak lepas tu biar anak jilat ke apa lanciao botol kicap tu kan sis?
Quote Orix 23-12-2022 08:17 PM
Mmg ulat tu dari kicap eh ? Kicap manis eh ? Sbb kalau masin x pedih pulak cacing tu LOL
Quote Perawankota 24-12-2022 05:02 AM
Sushi king ni dahbaper kali dah jadi.. Tapi aku still pi.. Tapi last month aku pi, naik lagi harga menu.. pastu byk pulak tu yg dah tak da.. klu nk yg mcm combo apa nama aku lupa, kena spend rm60 baru blh order menu tu.. So, lepas ni malas dah lah nak pi..
Quote fefeeling 24-12-2022 05:14 AM
Sape je makan sushi brand ni skang? Mmg bermasalah kan dr dulu kan? Sushi/ikan dia cam tak fresh ghisau ko dpt cacing je dik
Quote LadyCarefree 24-12-2022 05:32 AM
sushi king sushi jiro bagai semua tu eeeewwwww
Quote lurve82 24-12-2022 07:58 AM
Aku suka je pegi sushi king. Tp mmg ada sesetgh pekerja dia kekwat eh. Apesal?
Quote LostStar 24-12-2022 11:43 AM
euwwwwww kotornya... sushi king ni.. lepas daku tercekik tulang dulu.. complain.. dia bg voucher sory..sampai srkg serik nak makan..

masa tercekik tu staff dia tengok ja.. husband cakap la dlm unagi ada tulang.. dorg boleh nafikan.. p klinik time tu gak.. doc keluarkan memang tulang.. ambil gamabr tunjuk bukti dalam email tu.. hangin time tu..

voucher tu pon bagi member.. punya la serik..
Quote batmana 24-12-2022 02:46 PM
sushi tu sndiri ulat juga
cube biarkn kt luar dlm 24 jam cepat je mereput.

hahaha...
Is Sushi Healthy?
If you’re wondering what it is about those sushi rolls that make it a poor meal option, here are six.

1. Your sushi rolls are full of unhealthy, unsustainable fish — if you’re even getting what you are ordering.
2. There’s a ton of bacteria in sushi.
3. It contains too much mercury.
4. The staple ingredients aren’t very good for you.
5. Crispy and spicy rolls are killing your health.
6. That wasabi? It’s not real.
7. Your raw fish may contain parasites.
https://draxe.com/nutrition/is-sushi-healthy/
Quote isseliparjepun 24-12-2022 09:08 PM
Hakikatnya memang ada pelayan begini ya. I makan kat satu resto di taiping, femes gak resto tu, mike. Elok shake chili flakes dia, keluar ulat putih tergolek golek hidup lagi. Panggil pelayan, kita bagitau la ada ulat dalan chili flakes. Pelayan tu balas, 'habis tu?'

Okay, first and last lah.
Quote faraway1 24-12-2022 09:56 PM
Extra buat sedap agaknya
Quote rayray28 24-12-2022 11:34 PM
Perawankota replied at 24-12-2022 05:02 AM
Sushi king ni dahbaper kali dah jadi.. Tapi aku still pi.. Tapi last month aku pi, naik lagi harga m ...

Yeahh harga makin naik byk benda slalu xde and salmon dia nmpk low kualiti mmg makin kurang dh org nk hdp sushi king ni
Quote ina_na 24-12-2022 11:47 PM
Mahaii skrg nk sushi king..nipon sushi pun ok gak rege nye..tp nk melantak mkn makanan Jepun mcm 20thn dl x leh la dah skrg ni..banyak yg set x de . yg set pun dah x lengkap set..nk jimat Kos agaknye..
Quote vanilla_vell 24-12-2022 11:48 PM
Kes macam ni, report kkm je..tengok gelupur ke tak
Quote CikYaYaYa 25-12-2022 08:33 PM
sedapp lagi sushi empire pada sushi king nie. lagipin sushi king nie dari haritu lagii banyak masalah bab kebersihan nie
Quote sharlenetexas 25-12-2022 09:11 PM
Iols makan kat sushi king klcc sepuluh tahun lepaslah. Ok staf dia. Siap tanya kenapa iols tak habiskan tempura. Sheols takut masak tak sedap. Iols jawab masa tu kembung perut minum banyak air. Tak termakan dah. Sedap je makanan dia. Itu dululah.


Quote Firenzza 25-12-2022 10:09 PM
LostStar replied at 24-12-2022 11:43 AM
euwwwwww kotornya... sushi king ni.. lepas daku tercekik tulang dulu.. complain.. dia bg voucher sor ...

Klau kt obesee saman jota2 sis
Quote imanjannah 25-12-2022 10:57 PM
sushi King aeon cheras selatan ni semakin teruk
Quote edee_91 25-12-2022 11:02 PM
isseliparjepun replied at 24-12-2022 09:08 PM
Hakikatnya memang ada pelayan begini ya. I makan kat satu resto di taiping, femes gak resto tu, mike ...

aku pulak yang geram baca cerita kau ni. boleh dia tanya balik habih tu. mesti pelayan melayu kan? kau jawab apa pulak lepas dia tanya tu?

Quote damsel_fiji 26-12-2022 09:59 AM
mmg pun staff dia makin kerek..especially yg gegerl2 tu..mcm la ko kena paksa keje situ

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076581 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top