Umum mengetahui, The Family UK yang menetap di Birmingham, United Kingdom cukup dikenali di serata tanah air dek gelagat anak-anaknya, Omar, Fatimah dan Ali sering mencuri tumpuan ramai.
Terbaharu, ibu mereka, Nor Ashila Mahamad Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mrs Mom meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pihak mendakwa suaminya mempunyai dua isteri. Menurut Ashila, suaminya, Omar Mukhlis Azizan seorang lelaki yang sangat setia dan amat bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. “Saya bukanlah anti-poligami… tapi saya rasa teramatlah tidak adil bagi suami saya yang setia di sisi menjaga saya yang dah bertahun-tahun sakit. Kesian suami saya yang penat lelah menguruskan isteri dan anak-anak.
“Nak cari masa keluar jumpa kawan pun tak sempat, jauh sekali nak tambah cawangan baru. Please, minta tolong sangat-sabgat jangan memandai-mandai share info yang kita tidak pasti,. “Saya sudah lama izinkan suami saya berpoligami. Kalaupun benar saya bermadu, ini urusan keluarga saya,” tulisnya menerusi ruang kapsyen. Sebelum ini, Ashila berkongsi sebuah foto suaminya yang dikaburkan beserta kapsyen yang telah mencetuskan tuduhan tersebut dimana dia berkata suaminya mempunyai dua isteri. Namun begitu, jika difahamkan susunan ayat yang cuba disampaikan oleh Ashila, ibu kepada tiga anak ini cuba menyampaikan bahawa suaminya hanya ada seorang isteri, namun memiliki dua karakter dalam satu badan.
|
ellZack replied at 23-12-2022 06:31 PM
Apa yang berbunga-nya. Second paragraph tu kalau faham English, memang merujuk orang yang sama pun. ...
makita replied at 23-12-2022 07:53 PM
Raya lepas adik badek si timoh posing baju pakistan. Patu beberapa hari lepas tu mak si timoh up pos ...
ellZack replied at 23-12-2022 06:31 PM
Apa yang berbunga-nya. Second paragraph tu kalau faham English, memang merujuk orang yang sama pun. ...
alesandra replied at 23-12-2022 08:48 PM
Mak fatimah ni sakit kan ?dulu2 masa aku suka follow deyols..terdetik gak rajinnya melayan tak st ...
ellZack replied at 23-12-2022 06:31 PM
Apa yang berbunga-nya. Second paragraph tu kalau faham English, memang merujuk orang yang sama pun. ...
ADVERTISEMENT