HULU SELANGOR- Azan dikumandangkan lagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan di lokasi tragedi tanah runtuh, di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, untuk mencari mangsa terakhir yang masih hilang.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook Kementerian Pertahanan pagi tadi. “Anggota 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Prebet Muhammad Asyraf Ghazali melaungkan azan dan seterusnya membaca doa yang diaminkan oleh anggota bomba dan pasukan penyelamat yang lain. “Laungan azan sebelum melaksanakan sebarang misi sentiasa dipraktikkan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan ianya merupakan salah satu usaha secara spiritual dalam mendapatkan petunjuk dan keberkatan dari yang Maha Esa,” tulisnya.
Tambahnya lagi, ini merupakan salah satu usaha setelah melaksanakan pelbagai ikhtiar digunakan pasukan SAR bagi mencari seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang masih hilang. Loading FB Post... Setakat tinjauan Kosmo! pada pukul 2.12 petang ini, cuaca dilihat dalam keadaan baik namun masih lagi tiada perkembangan terkini daripada pihak berkuasa. Sehingga kini, mangsa yang disahkan maut adalah 30 orang, manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan mangsa yang berjumlah 92 orang. – CARI Sumber: Kosmo
|
Zazama replied at 24-12-2022 12:39 AM
Harap jangan ada lagi manusia toxic bermulut celupar senang2 je nak kata anggota keselamatan cuma ta ...
Timortimur replied at 23-12-2022 05:14 PM
Betul sis, i setuju dgn you
Time mcm ni sape lg yg bertungkus lumus nak membantu
dua_chzy replied at 24-12-2022 01:15 AM
Jujurin aku rasa ramai saja orang awam offer diri mahu membantu jika dibenarkan. Kalau diminta ker ...
Zazama replied at 24-12-2022 12:39 AM
Harap jangan ada lagi manusia toxic bermulut celupar senang2 je nak kata anggota keselamatan cuma ta ...
dua_chzy replied at 24-12-2022 01:15 AM
Jujurin aku rasa ramai saja orang awam offer diri mahu membantu jika dibenarkan. Kalau diminta ker ...
dua_chzy replied at 24-12-2022 01:15 AM
Jujurin aku rasa ramai saja orang awam offer diri mahu membantu jika dibenarkan. Kalau diminta ker ...
shernazz replied at 24-12-2022 06:24 AM
Harap2 jumpa la...
Sedih iols.dok baca list nama mangsa tu..
ADVERTISEMENT