Oleh : TS LOO
Kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam pada perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Selasa lepas didakwa didalangi sindiket perjudian atau bookie. Muka depan China Press pada hari ini melaporkan, disebabkan kedudukan 2-1 antara Arab Saudi dan Malaysia tidak berpihak kepada perhitungan bookie, sindiket berkenaan akhirnya memilih menimbul kekecohan dengan tujuan menamatkan pertandingan. Menurut akhbar berbahasa Cina itu, berdasarkan wang perjudian yang diterima, bookie dikatakan akan menanggung kerugian besar jika Malaysia hanya mengalami kekalahan kecil dalam perlawanan menentang Arab Saudi. Dengan menyebabkan perlawanan tidak dapat dihabiskan, maka perjudian juga ditamatkan sekaligus mengelak bookie menanggung kerugian.
Difahamkan, bookie telahpun mengisytiharkan bahawa perjudian dalam perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi menjadi tidak sah. Ramai penjudi juga tidak berpuas hati dengan ‘pengisytiharan’ tersebut dan menuduh sindiket perjudian menghantar orang untuk mensabotaj aksi Malaysia melawan Arab Saudi. Dalam pada itu, sumber polis tidak menafikan kemungkinan kekecohan di Stadium Shah Alam adalah didalangi bookie.- CARI Infonet |
10
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
16
Sedih |
34
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jofizo replied at 10-9-2015 04:17 PM
bila masa pula puak nih minat pasal bola harimau malaya nih....
time club EPL mai je baru nampak ...
cinamedun replied at 10-9-2015 05:44 PM
orang malon udah biasa gan kelakuan cem gitu , kalah bola lawan arab lalu baling baling bambu eh me ...
mdhelmi replied at 10-9-2015 05:02 PM
ada flare yg sedang dibakar
bole scan dan tangkap org itu....kalo mampu
ADVERTISEMENT