CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Penipu, Pura-Pura Tolak Kereta Tepi Jalan Sambil Bawa 3 Anak Untuk Raih Simpati Ramai

23-12-2022 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1806| Komen: 5

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sedang mengesan pasangan suami isteri yang tular selepas didakwa menggunakan anak-anak kecil untuk meraih simpati orang ramai dengan duduk di tepi jalan raya di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.


Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik berkata, pasukan pegawai pelindung, kaunselor dan penguat kuasa Pejabat Kebajikan Melaka Daerah (PKMD) Jasin kini giat melakukan operasi pencarian.

Katanya, rondaan telah dilaksanakan di Lebuh Raya Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) di Simpang Ampat, Merlimau sehingga ke Sungai Rambai.


Foto: Kosmo

“JKM negeri menerima aduan berhubung kejadian tular sebuah keluarga menggunakan anak-anak mereka yang masih kecil untuk meraih simpati pengguna jalan raya.


“Kita telah melaksanakan tinjauan di lokasi yang dimaksudkan dari Simpang Ampang ke Sungai Rambai dan berpatah balik ke Umbai, namun pegawai memaklumkan kes itu tidak dapat dikesan sepanjang pemantauan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Burhanuddin berkata, tinjauan akan terus dilaksanakan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(1)(c ) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016.

“Ia boleh dikenakan terhadap mana-mana ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya untuk menjalankan atau telah bertindak secara cuai dalam menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu.

“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gambar pasangan yang didakwa suami isteri sedang menolak kereta sambil membawa tiga orang kanak-kanak.

Tindakan pasangan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizan yang mempertikai tindakan individu berkenaan kerana sering dilihat mengulangi perbuatan sama.

Perbuatan itu turut dikaitkan dengan usaha mudah pasangan berkenaan meraih sumbangan pengguna jalan raya yang simpati terhadap nasib mereka. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 23-12-2022 05:41 PM
Makin upgrade kaedah scammer sekarang..otak kena cerdas..
Quote shernazz 23-12-2022 06:15 PM
Wow..siap bawa bala.tentera moga bantuan banyak dapat lettew...
Baik kau masuk geng rohingya je..
Quote margo20 23-12-2022 06:22 PM
Lg senang mengemis dr p keja
Quote hmmlantakko 24-12-2022 02:35 AM
tgk2 leluhur yindon or rohingla sana mari jugaaa
Quote Rogue98 24-12-2022 03:10 AM
Mesti dah ada yg kasi warning kisah diaorang viral ..yg JKM pun nak mintak maklumat DM jer lah....no korang pun sama kecoh..dah tentu2 scammer ni alert

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.313270 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top