Zaman serba canggih kini bukan sahaja isu penipuan wang ringgit yang perlu dibimbangkan, tetapi juga keselamatan kanak-kanak yang bila-bila masa sahaja mungkin menjadi mangsa pedofilia.
Walau secanggih mana pun teknologi yang kita ada, individu berniat jahat turut mempunyai seribu satu cara untuk mencari jalan bagi mencapai matlamat mereka.
Menerusi perkongsian MB Bansing di Facebook, dia memuat naik beberapa keping 'screenshot' perbualan antara seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor memperdaya pelajar untuk memberikan gambar bogel atas alasan pemeriksaan kesihatan secara atas talian.
Sumber FB
Sumber FB
Wanita yang berkongsi perkara itu turut mengingatkan rakan media sosial agar mengingatkan anak-anak supaya tidak mudah mempercayai tugasan yang diberikan guru sekiranya ia tidak masuk akal.
"Salam mak-mak. Tolong pesan kat anak-anak ya. Baik perempuan ataupun lelaki, hati-hati kalau dapat mesej atau task pelik-pelik dari cikgu.
"Jangan mudah percaya. Takut nanti handphone cikgu pun kena hack.
"Share ramai-ramai. Bahaya kalau ada macam begini. Telegram biasanya senang untuk kena hack. Jangan lupa pesan pada anak-anak perempuan," tulisnya.
Sumber FB
"Ada scammer yang hack Telegram. Minta macam-macam dari pelajar. Bahaya. Sebab itulah berikan peringatan kepada pelajar agar jangan sesekali percaya mentah-mentah.
"Zaman sekarang memang tidak boleh dipercayai. Kalau ada yang mesej di Telegram jangan cepat percaya," katanya lagi.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sumber asal kes tersebut dan sama ada ia baharu berlaku atau sudah berjaya diselesaikan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Ayat scammer mmg sama je ye mesti tanya awak kat mana? Sorang ke? Sila masuk bilik kunci blabla
Sbb iols kena gini laa alasan dia konon perbualan ni direkodkan jd takle ada sbrg bunyi nnt kena rekod balik kononnya.
Tp scammer tu nak duit iols laa yg bebudak ni sangap nk tgk badan budak sekolah.
Pedaya budak sekolah lebih mudah, hati2 la ye bila ada sesapa pesan jgn bitau mak pak bila dorang minta sesuatu itu mmg berniat jahat waima cikgu sekolah korang pun.
i rasa ni tactic baru utk dapatkan underage nude photos. they will most probably sell this in the dark web for a lot of money. i baru2 ni ada ex colleague i tetiba contact kat telegram mintak duit, kesian dia terpaksa buat status kat whatsapp yg ada org hack no dia kat telagram. my mom pun kena dgn ustaz dia. mujurla my mom mmg jarang contact ustaz tu. mujur la x dan nk transfer apa2. jaga2 la.