Sumber FB
Zaman serba canggih kini bukan sahaja isu penipuan wang ringgit yang perlu dibimbangkan, tetapi juga keselamatan kanak-kanak yang bila-bila masa sahaja mungkin menjadi mangsa pedofilia.
Walau secanggih mana pun teknologi yang kita ada, individu berniat jahat turut mempunyai seribu satu cara untuk mencari jalan bagi mencapai matlamat mereka.
Menerusi perkongsian MB Bansing di Facebook, dia memuat naik beberapa keping 'screenshot' perbualan antara seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor memperdaya pelajar untuk memberikan gambar bogel atas alasan pemeriksaan kesihatan secara atas talian.
Sumber FB
Sumber FB
Wanita yang berkongsi perkara itu turut mengingatkan rakan media sosial agar mengingatkan anak-anak supaya tidak mudah mempercayai tugasan yang diberikan guru sekiranya ia tidak masuk akal.
"Salam mak-mak. Tolong pesan kat anak-anak ya. Baik perempuan ataupun lelaki, hati-hati kalau dapat mesej atau task pelik-pelik dari cikgu.
"Jangan mudah percaya. Takut nanti handphone cikgu pun kena hack.
"Share ramai-ramai. Bahaya kalau ada macam begini. Telegram biasanya senang untuk kena hack. Jangan lupa pesan pada anak-anak perempuan," tulisnya.
Sumber FB
"Ada scammer yang hack Telegram. Minta macam-macam dari pelajar. Bahaya. Sebab itulah berikan peringatan kepada pelajar agar jangan sesekali percaya mentah-mentah.
"Zaman sekarang memang tidak boleh dipercayai. Kalau ada yang mesej di Telegram jangan cepat percaya," katanya lagi.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sumber asal kes tersebut dan sama ada ia baharu berlaku atau sudah berjaya diselesaikan. - CARI
|