Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengadakan satu pertemuan santai bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut Hannah, pertemuan tersebut adalah bagi mendengar idea, pandangan dan pengalaman Khairy semasa di Kementerian Belia dan Sukan.
Hannah berkongsikan gambar kedua-dua mereka duduk semeja di laman Instagramnya pada Jumaat. “Perjumpaan bersama Khairy untuk mendengar idea, pandangan dan pengalaman beliau semasa di KBS (Kementerian Belia dan Sukan). “Terima kasih kerana meluangkan masa. Saya percaya kepada kepimpinan inklusif terutamanya untuk portfolio seperti belia dan sukan,” ujarnya.
Sebelum ini, Khairy Jamaluddin menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula 2013 hingga 2018 sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN). Hannah pula dilantik memegang portfolio tersebut pada 2 Disember lalu. Sumber: Sinar Harian |
mbhcsf replied at 23-12-2022 02:46 PM
bijak Hannah ni pi jumpa KJ instead of..you know who kan...selepas KJ tu hmmm....fefahamlah apa j ...
tepisket.. replied at 23-12-2022 02:34 PM
Nasib x g jumpa peja sap gammm... Sorry y tu xde idea lngsung menambahbaik kbs. Lagi lingkup ada
tikusmontok replied at 23-12-2022 02:52 PM
Maksud sis saddick ke... atau pejal?
otai_g replied at 23-12-2022 03:35 PM
Knp x jumps ss? Ss pun dulu menteri kbs jgk. Lg sng sbb da ada dlm gabungan ph.
Cleopatra x nak ber ...
ADVERTISEMENT