Mungkin ramai tidak mengenali Urfi Javed, tetapi di India, Urfi sering kali mencetus kontroversi dengan berpakaian mencolok mata. Terbaru, aktres dan pempengaruh media sosial yang mengecapi kemasyhuran menerusi program OTT, The Bigg Boss ditahan Polis Dubai sewaktu membuat rakaman video dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan tubuhnya.
Susulan itu, Urfi disoal siasat berhubung pemakaiannya di dalam muzik video tersebut. Menurut pihak berkuasa Dubai, tiada masalah untuk Urfi mengenakan pakaian yang terdedah sedemikian, tetapi yang salahnya apabila dia mengenakannya di kawasan khalayak ramai. “Dia telah membuat rakaman video untuk Instagramnya dengan mengenakan pakaiannya yang direkanya sendiri.
“Menurut pihak polis Dubai, ia terlalu mendedahkan. Tetapi, tiada masalah dengan pakaiannya itu sebetulnya. “Tetapi, dia membuat rakaman itu di kawasan terbuka dan mengenakan pakaian sebegitu di tempat sebegitu tidak dibenarkan. “Dia sedang disoal siasat pihak polis. Kita tunggu dan lihat bagaimana,” kata satu sumber memberitahu Bollylife.com. Tim Urfi yang menemaninya ke Dubai juga dilarang untuk membuat kenyataan berhubung isu penahanannya.
|
ADVERTISEMENT