CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Limit Tempoh, JPJ Sedia Khidmat Percuma Ganti Dokumen Rosak Akibat Banjir

23-12-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 811| Komen: 3


Mangsa banjir Terengganu tidak perlu risau berhubung penggantian dan pembaharuan dokumen kerana perkhidmatan itu disediakan secara percuma oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri itu.


Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggantian secara percuma itu membabitkan lesen memandu Malaysia (LMM), lesen kenderaan motor (LKM) dan sijil pemilikan kenderaan (VOC) yang rosak, hilang atau musnah akibat banjir di sini.


Gambar hiasan/Paultan

“JPJ sentiasa membantu mangsa terjejas banjir menerusi program penggantian dan pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan motor dan sijil pemilikan kenderaan secara percuma.

“Bagi dokumen yang rosak dan hilang, pemilik perlu hadir mengemukakan dokumen asal yang rosak di mana-mana kaunter JPJ di negeri ini.


“Bagi dokumen hilang atau musnah akibat banjir, pemilik perlu mengemukakan salinan laporan polis atau salinan borang pendaftaran mangsa bencana yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pejabat daerah,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan JKM bagi memudahkan urusan mangsa banjir jika mereka tidak mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan.

Katanya, tiada tempoh diberikan kepada mangsa banjir untuk berbuat demikian, namun pihaknya menasihatkan mereka memohon segera sebaik keluar dari pusat pemindahan sementara (PPS).


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo07 2-12-2024 08:06 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:23 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:31 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.032833 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top