View: 592|Reply: 3
|
Tiada Limit Tempoh, JPJ Sedia Khidmat Percuma Ganti Dokumen Rosak Akibat Banjir
[Copy link]
|
|
Mangsa banjir Terengganu tidak perlu risau berhubung penggantian dan pembaharuan dokumen kerana perkhidmatan itu disediakan secara percuma oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri itu.
Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggantian secara percuma itu membabitkan lesen memandu Malaysia (LMM), lesen kenderaan motor (LKM) dan sijil pemilikan kenderaan (VOC) yang rosak, hilang atau musnah akibat banjir di sini.
 Gambar hiasan/Paultan
“JPJ sentiasa membantu mangsa terjejas banjir menerusi program penggantian dan pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan motor dan sijil pemilikan kenderaan secara percuma.
“Bagi dokumen yang rosak dan hilang, pemilik perlu hadir mengemukakan dokumen asal yang rosak di mana-mana kaunter JPJ di negeri ini.
“Bagi dokumen hilang atau musnah akibat banjir, pemilik perlu mengemukakan salinan laporan polis atau salinan borang pendaftaran mangsa bencana yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pejabat daerah,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan JKM bagi memudahkan urusan mangsa banjir jika mereka tidak mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan.
Katanya, tiada tempoh diberikan kepada mangsa banjir untuk berbuat demikian, namun pihaknya menasihatkan mereka memohon segera sebaik keluar dari pusat pemindahan sementara (PPS).
Sumber: FMT |
|
|
|
|
|
|
|
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.

|
|
|
|
|
|
|
| |
|