Paduan vokal dua penyanyi muda berbakat besar, Afieq Shazwan, 25, dan Haqiem Rusli, 24, menerusi lagu Di Alam Fana Cintamu yang pernah dipopularkan kumpulan Fotograf nyata mempunyai keunikan tersendiri.
Lagu berusia 30 tahun yang dihasilkan pada 1992 itu kini diberi nafas baharu, hasil sentuhan istimewa komposer, Fauzi Marzuki, sekali gus mampu menggamit nostalgia buat peminat. Afieq atau nama sebenarnya, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia berpuas hati dengan gandingannya bersama Haqiem menerusi lagu berhantu itu. Bagi Afieq, keputusannya berkolaborasi dengan Haqiem adalah pilihan tepat. Malah, katanya, Haqiem antara penyanyi yang berbakat dan versatil, selain mampu membawa pelbagai genre lagu dengan baik.
"Ini kali pertama saya berduet dan rakam lagu secara rasmi dengan Haqiem. Kita tahu nama Haqiem cukup besar. "Haqiem ada kebolehan dari segi vokal, idea, penciptaan lagu dan penulisan lirik, jadi disebabkan itu, saya pilih Haqiem," katanya kepada BH Online. Selain itu, Afieq menyifatkan kelunakan suara Haqiem akan sebati dengan lagu bergenre slow rock, biarpun pada awalnya pelawaan berduet ditolak. "Jika ikutkan, Haqiem tak nak buat lagu saduran seperti ini kerana ada prinsip tersendiri. Tetapi, selepas dipujuk dan cerita kelebihan lagu Di Alam Fana Cinta, akhirnya Haqiem bersetuju. "Lagu ini sesuai suara Haqiem, ia antara sebab saya memilihnya untuk berpadu suara," katanya.
|
hyie replied at 23-12-2022 11:43 AM
cover version di alam fana cinta versi diorang tak sedap lah. Kalau afiq bawak layu di hujung mekar ...
hyie replied at 23-12-2022 11:43 AM
cover version di alam fana cinta versi diorang tak sedap lah. Kalau afiq bawak layu di hujung mekar ...
ADVERTISEMENT