CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 14

Afieq Shazwan Dituduh Tumpang Glamour Haqiem Rusli

[Copy link]
Post time 23-12-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Paduan vokal dua penyanyi muda berbakat besar, Afieq Shazwan, 25, dan Haqiem Rusli, 24, menerusi lagu Di Alam Fana Cintamu yang pernah dipopularkan kumpulan Fotograf nyata mempunyai keunikan tersendiri.


Lagu berusia 30 tahun yang dihasilkan pada 1992 itu kini diberi nafas baharu, hasil sentuhan istimewa komposer, Fauzi Marzuki, sekali gus mampu menggamit nostalgia buat peminat.


Afieq atau nama sebenarnya, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia berpuas hati dengan gandingannya bersama Haqiem menerusi lagu berhantu itu.


Bagi Afieq, keputusannya berkolaborasi dengan Haqiem adalah pilihan tepat.








Malah, katanya, Haqiem antara penyanyi yang berbakat dan versatil, selain mampu membawa pelbagai genre lagu dengan baik.


"Ini kali pertama saya berduet dan rakam lagu secara rasmi dengan Haqiem. Kita tahu nama Haqiem cukup besar.


"Haqiem ada kebolehan dari segi vokal, idea, penciptaan lagu dan penulisan lirik, jadi disebabkan itu, saya pilih Haqiem," katanya kepada BH Online.


Selain itu, Afieq menyifatkan kelunakan suara Haqiem akan sebati dengan lagu bergenre slow rock, biarpun pada awalnya pelawaan berduet ditolak.


"Jika ikutkan, Haqiem tak nak buat lagu saduran seperti ini kerana ada prinsip tersendiri. Tetapi, selepas dipujuk dan cerita kelebihan lagu Di Alam Fana Cinta, akhirnya Haqiem bersetuju.


"Lagu ini sesuai suara Haqiem, ia antara sebab saya memilihnya untuk berpadu suara," katanya.




  



Mengulas gandingan bersama Haqiem, Afieq menjelaskan, persefahaman antara mereka sangat baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.


"Saya dengan Haqiem ada persamaan. Saya tahu kelebihan Haqiem dan dia juga tahu apa yang saya ada. Jadi, kami cuba seimbangkan dalam penyampaian lagu Di Alam Fana Cinta ini," katanya.


Dalam usaha membawa kelainan agar menepati cita rasa pendengar, Afieq menegaskan, keaslian lagu Di Alam Fana Cinta tetap diberi penekanan.


"Gubahan dan susunan muzik dilakukan agar kedengaran lebih moden, tetapi kami tetap jaga keasliannya.


"Apabila lagu ini siap, kami dengar semula dan ternyata ia memang sedap. Walaupun pada awalnya kami kurang yakin, tetapi bila dapat hasilnya memang sangat berpuas hati," kata Afieq.




  



Dalam pada itu, Afieq berharap pendengar dapat menghargai dan tidak terlalu membandingkan dengan karya asal.


"Saya harap pendengar jangan buat perbandingan dengan lagu asal, tetapi kami cuba dengar dan hargai.


"Biarlah sebagai rakyat Malaysia angkat karya anak seni tempatan. Daripada orang lain mengaku mereka buat lebih baik, kita kena buat dahulu," katanya.




  



Video muzik rasmi Di Alam Fana Cintamu boleh ditonton menerusi saluran YouTube FMC Music sejak tiga minggu lalu. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 09:10 AM | Show all posts
Afieq Shazwan Dituduh Tumpang Glamour Haqiem Rusli
Takde pun dlm artikel?
Afieq ni puji Haqim adalah
okay aku suka dgr bdk2 ni nyanyi balik lagu2 lama
best!!
kat Indo sana berlumba2 diorg busking lagu2 dr sini
so let bdk2 ni buat
suara diorg pun sedap
skrg aku pun layan diorg cover lagu lama
dulu dok layan bdk2 Indo cover lagu Exist Siti & Slam
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:43 AM | Show all posts
cover version di alam fana cinta versi diorang tak sedap lah. Kalau afiq bawak layu di hujung mekar tu sedap, n duet dengan tajul.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:46 AM | Show all posts
Ape yg tumpang glamour?
Tajuk ntah hape2 ntah "wartawan" CARI ni.

BTW, skrg mmg musim cover lagu2 lama ke?

Sepi sekuntum mawar merah
Malam semakin dingin
Segalanya telah berakhir

Kawan2, sile tambah lagi list
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:47 AM | Show all posts
setuju tak sedap. ada dengar sekali dlm radio. sedap lg penyanyi asal. suara akim aku rasa yg spoil lagu ni, suara akim ni jenis halus tajam. kombinasi yg tak menjadi. takziah cuba lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:47 AM | Show all posts
wife aqiem tu iras betul dgn keknis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci dengar lagu2 cover over leweh2. Dengar kat radio iols otomatik tekan off, bukan tukar channel. Off terus, bg senyap je dlm kereta. Dh lama baru bukak balik radio tekan channel radio klasik terus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:53 AM | Show all posts
afieq cover mengusung rindu spoon dgn tajul, hakiem n sorang lagi
suara dia paling sedap
iols ulang2 dengar esp bab 'rasa terkilan...' mcm lenggok melayu asli
goosebump
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah tajuk tu. Afieq menunpang glamor lagu2 lama.. lagu2 solo kau sendirik pon org x kenal.. harap lagu cover jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
afiq tu hensem ok….

i skong hero kulit gelap sawo matang hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x brpa suka lagu leweh2 tp sedap Afiq nyanyi Malam semakin dingin
Versi asal x best
Lagu lain biasa ja dia cover
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila afieq syazwan nak leak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 23-12-2022 11:43 AM
cover version di alam fana cinta versi diorang tak sedap lah. Kalau afiq bawak layu di hujung mekar  ...

ha betul..lagu rio dengan spin jadi sedap dia bawak..lagu duet ngan muna syahirah pun sedap..tapi lagu fotograf ni jadi xbest..pasni kalau nak duet nyanyi ngan tajul je
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
xsedap gandingan ni. akem buat spoil. lagipun iols anti org melayu acah2 pelat melayunya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 09:18 AM | Show all posts
hyie replied at 23-12-2022 11:43 AM
cover version di alam fana cinta versi diorang tak sedap lah. Kalau afiq bawak layu di hujung mekar  ...

Kan.. Suka lagi penyanyi asal berbanding nyanyian semula..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.082418 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list