CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Dan Kawan Dibunuh, Budak 11 Tahun Diperkosa Ketika Nazak Lepas Kepala Dipukul Dengan Tukul

22-12-2022 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4049| Komen: 28

Seorang lelaki di Britain mengaku bersalah membunuh wanita hamil dan tiga kanak-kanak sebelum memperkosa salah seorang daripada gadis itu ketika mangsa nazak, lapor akhbar Mirror UK.


Damien Bendall, 32, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh teman wanitanya, Terri Harris, 35, dan anak perempuan mangsa, Lacey Bennett, 11, anak lelakinya, John Paul Bennett, serta rakan Lacey, Connie Gent, 11, di sebuah rumah di Derbyshire.

Dia mengaku bersalah memperkosa Lacey selepas mencederakan tengkorak mangsa menggunakan tukul, kata pendakwa raya, Louis Mably.


Terri Harris (kiri atas), Connie Gent (kanan atas), John Paul Bennett (kiri bawah) dan Lacey Bennett (kanan bawah). - Mirror UK


Bendall ditahan di luar rumah itu sejurus selepas pukul 7.39 pagi (waktu tempatan) pada 19 September lalu, selepas ibunya menelefon panggilan kecemasan dan memberitahu suspek menikam dirinya sendiri.

Hasil bedah siasat mendapati Harris dibunuh semasa mengandungkan anak Bendall yang belum lahir.

Hakim Mahkamah Tinggi, Sweeney akan menjatuhi hukuman ke atas Bendall atas empat pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan rogol.

Mably berkata, Lacey berkemungkinan diperkosa sebanyak dua kali.

Rakan Lacey, Connie mendapat kebenaran daripada ibunya untuk bermalam di rumah itu selama satu malam, tetapi melanjutkan aktiviti itu untuk satu malam lagi.

Harris dan tiga kanak-kanak itu ditemui mati di rumahnya di Derbyshire pada 19 September lalu.

“Nampaknya, setiap mangsa diserang di dalam bilik yang berbeza, dan kelihatan dia (Bendall) mengelilingi rumah untuk mencari mereka, menyerang mereka secara bergilir-gilir, mengikut urutan,” kata Mably.

Tindakan Bendall pada malam pembunuhan itu ‘sebahagian besarnya tidak dapat diterangkan dan tanpa motif’, tambah beliau. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-12-2022 10:36 PM
_methode_times_prod_web_bin_bbc4eaf6-8141-11ed-933d-2ad94f4b2285.jpg
Mmg rupa dh sesuai masuk penjara pun
Quote sharlenetexas 22-12-2022 10:37 PM
Srmoga mereput!


Quote Sazreena 22-12-2022 10:57 PM
Selera eh menujah time mangsa dah nazak. Syaithon nirrajim betul.
Quote Carcosa 22-12-2022 11:08 PM
Pasal babi2 sial mcm ni lah, aku mmg tak hingin nak kasi anak aku pegi sleepover rumah kwn dia. Lantak la dia nak benci aku ke, taknak brckp dgn aku ke, lantak. Yg penting nyawa dia dan kehormatan dia selamat. Ada byk jantan2 babi mcm ni di seluruh dunia
Quote Bedah.Cun 22-12-2022 11:09 PM
Setan!!!!!!!!!
Quote Dzahin_poch 22-12-2022 11:15 PM
Inshh ngeri lah baca cerita2 mcm ni.. seriauu
Quote hareeeesah 23-12-2022 12:06 AM
Gilerrr.. kalau xnak bby tu ko suruh je la abort yg bunuh yg lain xbesalah tu kenapaaa
Quote akies 23-12-2022 12:11 AM
Kejam betul
Quote green~tea 23-12-2022 12:14 AM
Allahu Akbar...

Sakit dada aku baca berita gini.. dah le muka pembunuh tepek sebesor screen henpon ni
Quote Itzy 23-12-2022 01:57 AM
Carcosa: Pasal babi2 sial mcm ni lah, a ...

x payah la, dalam islam pun x dibenarkan bukan mahram menumpang di rumah orang lain tanpa sebab mustahak. Zaman dah berubah manusia makin ganas dan hilang kemanusiaan, rahnat Allah dah hilang sebab manusia dah makin menjauhi ajaran Allah.
Quote alieyrina 23-12-2022 02:24 AM
Sialnya jantan ni. Sakit kepala p klik baca.

Duk simpan seumur hidop dlm penjara buat apa tahh
Quote zuuu 23-12-2022 03:08 AM
Apa masalah ko setan???
Quote azurro 23-12-2022 05:36 AM
Tak dapat bayangkan seksaan kanak² tu
Dunia oh dunia
Quote liyamariska 23-12-2022 06:38 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang pertimbangan kemanusiaan...
Quote dua_chzy 23-12-2022 06:44 AM
Kokesen tamadun tinggi ni sekali buat jahat level iblis neraka ke 7 sangat.
Quote ladybugz 23-12-2022 07:28 AM
tragis sungguh. dah kenapa ni. closeted pedophile kah? ke dah terkantoi ?
Quote Kurex 23-12-2022 07:35 AM
Iols ingat mangsa yg oakai dress hitam tu nenek deols.. semoga mangsa bertukar jadi pontianak versi omputeh & hantui suspek
Quote missbigrockstar 23-12-2022 09:40 AM
Semoga kau kena seksa dan dibunuh oleh inmates dalam jel
Quote Nnasda53 23-12-2022 09:43 AM
Moga mampus dalam penjara.Setan sgt.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.091606 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top