View: 3436|Reply: 28
|
Keluarga Dan Kawan Dibunuh, Budak 11 Tahun Diperkosa Ketika Nazak Lepas Kepala Dipukul Dengan Tukul
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di Britain mengaku bersalah membunuh wanita hamil dan tiga kanak-kanak sebelum memperkosa salah seorang daripada gadis itu ketika mangsa nazak, lapor akhbar Mirror UK.
Damien Bendall, 32, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh teman wanitanya, Terri Harris, 35, dan anak perempuan mangsa, Lacey Bennett, 11, anak lelakinya, John Paul Bennett, serta rakan Lacey, Connie Gent, 11, di sebuah rumah di Derbyshire.
Dia mengaku bersalah memperkosa Lacey selepas mencederakan tengkorak mangsa menggunakan tukul, kata pendakwa raya, Louis Mably.
 Terri Harris (kiri atas), Connie Gent (kanan atas), John Paul Bennett (kiri bawah) dan Lacey Bennett (kanan bawah). - Mirror UK
Bendall ditahan di luar rumah itu sejurus selepas pukul 7.39 pagi (waktu tempatan) pada 19 September lalu, selepas ibunya menelefon panggilan kecemasan dan memberitahu suspek menikam dirinya sendiri.
Hasil bedah siasat mendapati Harris dibunuh semasa mengandungkan anak Bendall yang belum lahir.
Hakim Mahkamah Tinggi, Sweeney akan menjatuhi hukuman ke atas Bendall atas empat pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan rogol.
Mably berkata, Lacey berkemungkinan diperkosa sebanyak dua kali.
Rakan Lacey, Connie mendapat kebenaran daripada ibunya untuk bermalam di rumah itu selama satu malam, tetapi melanjutkan aktiviti itu untuk satu malam lagi.
Harris dan tiga kanak-kanak itu ditemui mati di rumahnya di Derbyshire pada 19 September lalu.
“Nampaknya, setiap mangsa diserang di dalam bilik yang berbeza, dan kelihatan dia (Bendall) mengelilingi rumah untuk mencari mereka, menyerang mereka secara bergilir-gilir, mengikut urutan,” kata Mably.
Tindakan Bendall pada malam pembunuhan itu ‘sebahagian besarnya tidak dapat diterangkan dan tanpa motif’, tambah beliau.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg rupa dh sesuai masuk penjara pun |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selera eh menujah time mangsa dah nazak. Syaithon nirrajim betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal babi2 sial mcm ni lah, aku mmg tak hingin nak kasi anak aku pegi sleepover rumah kwn dia. Lantak la dia nak benci aku ke, taknak brckp dgn aku ke, lantak. Yg penting nyawa dia dan kehormatan dia selamat. Ada byk jantan2 babi mcm ni di seluruh dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Inshh ngeri lah baca cerita2 mcm ni.. seriauu |
|
|
|
|
|
|
|
Gilerrr.. kalau xnak bby tu ko suruh je la abort yg bunuh yg lain xbesalah tu kenapaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam betul  |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu Akbar...
Sakit dada aku baca berita gini.. dah le muka pembunuh tepek sebesor screen henpon ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa: Pasal babi2 sial mcm ni lah, a ...
x payah la, dalam islam pun x dibenarkan bukan mahram menumpang di rumah orang lain tanpa sebab mustahak. Zaman dah berubah manusia makin ganas dan hilang kemanusiaan, rahnat Allah dah hilang sebab manusia dah makin menjauhi ajaran Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sialnya jantan ni. Sakit kepala p klik baca.
Duk simpan seumur hidop dlm penjara buat apa tahh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat bayangkan seksaan kanak² tu
Dunia oh dunia |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang pertimbangan kemanusiaan...  |
|
|
|
|
|
|
|
Kokesen tamadun tinggi ni sekali buat jahat level iblis neraka ke 7 sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
tragis sungguh. dah kenapa ni. closeted pedophile kah? ke dah terkantoi ? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ingat mangsa yg oakai dress hitam tu nenek deols.. semoga mangsa bertukar jadi pontianak versi omputeh & hantui suspek |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kau kena seksa dan dibunuh oleh inmates dalam jel  |
|
|
|
|
|
|
|
Moga mampus dalam penjara.Setan sgt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|