CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pakai Jubah Acu Pisau, Nak Rompak Barang Kemas

22-12-2022 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1209| Komen: 12

MELAKA: Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang juga suspek cubaan merompak sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek yang berpakaian jubah serta memakai pelitup muka telah ke kedai emas berkenaan kira-kira pukul 4.45 petang dan berpura-pura ingin membeli barangan kemas, sebelum bertindak mengacukan sebilah pisau kepada pekerja yang melayaninya.

Beliau berkata, semasa kejadian suspek turut mengarahkan mangsa supaya memasukkan barang kemas ke dalam beg galasnya, namun tidak berjaya kerana rakan sekerja mangsa bertindak pantas menariknya sebaik sahaja menyedari insiden itu.




“Ketika melayani pelanggan seorang perempuan Melayu berpakaian jubah serta memakai pelitup muka untuk membeli emas, tiba-tiba suspek tersebut mengeluarkan sebilah pisau daripada beg galas lalu mengacukan pisau tersebut ke arah mangsa.

“Suspek menyuruh mangsa untuk memasukkan barang kemas ke dalam beg galas tersebut. Semasa kejadian, rakan sekerja mangsa melihat kejadian itu lalu menarik mangsa ke belakang kerana ketika itu mangsa dalam keadaan terkedu.

“Lalu suspek melarikan diri dan rakan sekerja mangsa meminta bantuan pekerja lelaki untuk mencari suspek tersebut, namun tidak menjumpainya. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada sebarang kerugian yang berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi lapan saat berhubung kejadian itu tular dalam laman sosial, sejak semalam.

Tambah Christopher, kes disiasat di bawah Seksyen 393 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak menggunakan senjata, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dalam musim cuti persekolahan. Elakkan daripada memberi peluang kepada penjenayah melakukan perbuatan jenayah,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 22-12-2022 08:41 PM
mydin mitc lettewwww
Quote cucutokwan89 22-12-2022 08:42 PM
Geram plk baca berita ni. Terdesak sgt ke tu? Silap cara, mati anak org. Samun + bunuh, brp dosa mokcik nk pikul. Kalu betul dia Islam, memalukan umat je
Quote Kak-Rohana 22-12-2022 11:04 PM
Jubah hanya uniform dek
Quote edayildiz 23-12-2022 12:31 AM
seramnyaa..jrg dgr perempuan berjubah merompak
Quote anakkerengga 23-12-2022 12:34 AM
Biasanya perempuan warga asing yg berani buat gini scr terang terangan..
Quote Goodluckdontcry 23-12-2022 12:53 AM
Edited by Goodluckdontcry at 23-12-2022 12:56 AM

Dasar tua kutuk..saje jer nak bg org berckp buruk psl pakaian jubah dan tudung..walau hakikatnya xkira pakai apa pun kalau perangai serupa oink oink tetapla haramjadah..

.lain kali klu ko nak buat kerja kutuk, pakailah 2 pieces..takpun ko sarung guni je..pastu pakai tudung saji utk cover rambut ko makcik..alih2 pun org kata ko gila sewel makcik weii... kehkehkeh
Quote rosedemon 23-12-2022 06:59 AM
kalau dpt tgkp belasah dlu gram aku
Quote ultra78 23-12-2022 07:28 AM
Cubaan rompakan patuh syariah.
Quote lightheaded67 23-12-2022 07:45 AM
Goodluckdontcry:  Edited by Goodluckdontcry at  ...

haha kannnnn sarung guni lagi onzz
Quote venom1 23-12-2022 08:55 AM
ultra78 replied at 23-12-2022 07:28 AM
Cubaan rompakan patuh syariah.

betul tu..pinjaman berasaskan syariah dah ada..rompak pun kenala ada jugak hehe
Quote intan244 23-12-2022 08:55 AM
entah2x laki yg pakai jubah tu.
Quote Zack8hunter 23-12-2022 08:57 AM
wanita ke kekdahnya?? ker berloceng?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.116073 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top