CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Isteri SM Faisal Dikenakan Waran Tangkap Lagi

22-12-2022 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1936| Komen: 10

Sekali lagi bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.


Ketika dihubungi, peguam syarie, Ummi Kartini yang mewakili SM Faisal berkata, mahkamah mengeluarkan waran itu selepas Emilia selaku responden bersama peguam syarienya, Nazri Yahya tidak hadir tanpa sebab.



Ekoran perkara itu beliau berkata, prosiding yang dijadualkan berlangsung awal pagi, tertunda sehingga jam 1 tengah hari kerana menunggu kehadiran responden. 

Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie, Azzeman Omar, beliau menghujahkan bahawa responden dan peguamnya gagal untuk hadir biarpun tarikh prosiding lalu, pada 21 September dihadiri kedua-dua pihak.


Mendengar perkara itu, mahkamah kemudiannya mengeluarkan arahan waran tangkap terhadap Emilia.

Turut mewakili ahli perniagaan itu ialah peguam syarie, Izzah Shakirah.

Difahamkan, ini merupakan waran tangkap kedua dikeluarkan mahkamah sama terhadap Emilia.

Pada 27 Jun lalu, Emilia, 43, menjalani hukuman penjara tujuh hari di Penjara Kajang, kerana gagal mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.


Sumber: Sinar Harian menerusi AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-12-2022 04:30 PM
Bosanlah korang ex laki ex bini ni.


Quote bottompadu 22-12-2022 04:49 PM
tiba2 teringat set luxury chesterfield red sofa
Quote ifanonline 22-12-2022 04:52 PM
Quote mojarean_X 22-12-2022 04:54 PM
Rujuk blk jelah dorang berdua ni. Dua2 x nak kalah
Quote Samerosie 22-12-2022 05:12 PM
La dah kenapa tak hadir.  Haritu pun x hadir kena masuk penjara lepas tu ala2 victim.  Udah2 la tu anak2 pun dah besar takan la sampai esok anak2 dah kawin pun duk takuk dtg x dtg mahkamah.
Quote _blackbird 22-12-2022 05:15 PM
swing la partner. sol kawen emilia, faisal kawen ps. settle masalah. semua org happy
Quote amyfaha 22-12-2022 05:23 PM
Kimak jantan ni x dtg xde pula pape tindakan. Bab perempuan laju jekkkkk
Quote nazurah 22-12-2022 05:32 PM
aik... selalu nmpk emilia update kalau pi court. yang tak datang biasanya si notelo ni...
Quote bondeh 22-12-2022 05:45 PM
Dedua gila meroyan. Sorang cam play victim sorang lagi try hard nak nampak happy walau disisih adik beradik, dok healing berjimba sakan.
Quote ladybugz 23-12-2022 07:48 AM
adui bab perempuan cepat je ye waran tangkap. kalau hat lelaki x dtg, ditangguh tangguh sampai bila2.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.311184 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top