View: 1738|Reply: 12
|
Bekas Isteri SM Faisal Dikenakan Waran Tangkap Lagi
[Copy link]
|
|
Sekali lagi bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.
Ketika dihubungi, peguam syarie, Ummi Kartini yang mewakili SM Faisal berkata, mahkamah mengeluarkan waran itu selepas Emilia selaku responden bersama peguam syarienya, Nazri Yahya tidak hadir tanpa sebab.
Ekoran perkara itu beliau berkata, prosiding yang dijadualkan berlangsung awal pagi, tertunda sehingga jam 1 tengah hari kerana menunggu kehadiran responden.
Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie, Azzeman Omar, beliau menghujahkan bahawa responden dan peguamnya gagal untuk hadir biarpun tarikh prosiding lalu, pada 21 September dihadiri kedua-dua pihak.
Mendengar perkara itu, mahkamah kemudiannya mengeluarkan arahan waran tangkap terhadap Emilia.
Turut mewakili ahli perniagaan itu ialah peguam syarie, Izzah Shakirah.
Difahamkan, ini merupakan waran tangkap kedua dikeluarkan mahkamah sama terhadap Emilia.
Pada 27 Jun lalu, Emilia, 43, menjalani hukuman penjara tujuh hari di Penjara Kajang, kerana gagal mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.
Sumber: Sinar Harian menerusi AWANI
|
|
|
|
|
|
|
|
Bosanlah korang ex laki ex bini ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 teringat set luxury chesterfield red sofa |
|
|
|
|
|
|
|
Rujuk blk jelah dorang berdua ni. Dua2 x nak kalah |
|
|
|
|
|
|
|
La dah kenapa tak hadir. Haritu pun x hadir kena masuk penjara lepas tu ala2 victim. Udah2 la tu anak2 pun dah besar takan la sampai esok anak2 dah kawin pun duk takuk dtg x dtg mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
swing la partner. sol kawen emilia, faisal kawen ps. settle masalah. semua org happy |
|
|
|
|
|
|
|
Kimak jantan ni x dtg xde pula pape tindakan. Bab perempuan laju jekkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
aik... selalu nmpk emilia update kalau pi court. yang tak datang biasanya si notelo ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dedua gila meroyan. Sorang cam play victim sorang lagi try hard nak nampak happy walau disisih adik beradik, dok healing berjimba sakan. |
|
|
|
|
|
|
|
adui bab perempuan cepat je ye waran tangkap. kalau hat lelaki x dtg, ditangguh tangguh sampai bila2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|