Tiga bekas tentera terkandas banjir hingga terpaksa menyelamatkan diri atas pokok selama lebih lima jam dalam kegelapan malam sebelum diselamatkan rakan mereka.
Kejadian berlaku di Paya Dadeh, Kampung Bukit Tokbat, Hulu Terengganu pada 19 Disember 2022 itu dialami Abd Latif Jamaludin, 54, Wan Azmi Wan Ibrahim, 50, dan Rusli Muhammad, 42. Perkongsian di TikTok @nagaganaz9 memaparkan usaha rakan mereka, Mohd Fauzi Sufian, 51, dibantu beberapa individu lain menaiki bot bagi misi menyelamat dan membawa keluar ketiga-tiga bekas tentera terbabit.
Mereka terkandas banjir ketika menjalankan aktiviti pertanian di tapak Projek Tanaman Sayur Koperasi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Daerah Hulu Terengganu. Menurut Abd Latif, mereka ke kebun sekitar jam 8 pagi pada Ahad, 18 Disember dan dua jam kemudian hujan lebat berterusan menyebabkan air parit sedalam satu meter di kawasan pertanian melimpah melimpah. "Kami berteduh di pondok terlebih dahulu susulan hujan lebat. Kira-kira jam 12.45 tengah hari, Rusli keluar untuk beli makanan tengah hari tetapi gagal dan berpatah semula. "Laluan keluar sudah ditenggelami air sedalam hampir satu meter. Harapan kami, air akan surut sebelah petang tetapi lain pula berlaku kerana kawasan kebun turut dinaiki air. "Semakin lama paras air makin tinggi, pondok kami berteduh tidak lagi selamat. Jam 3.30 pagi, pada 19 Disember kami ambil keputusan memanjat pokok kerana ketika itu kedalaman air sudah melebihi dua meter," katanya. Tambah Abd Latif, sepanjang terkandas banjir dan terperangkap atas pokok mereka hanya beralaskan mi segera dan biskut. "Pengalaman sewaktu berkhidmat dalam dunia ketenteraan sebelum ini banyak membantu kami berdepan situasi termasuk untuk tidak cemas. "Telefon Wan Azmi masih berfungsi untuk kami hubungi rakan dan pihak PVATM Cawangan Hulu Terengganu. Telefon saya sendiri kehabisan bateri. "Kami berjaya dibawa keluar menaiki bot terlebih dahulu sebelum harung banjir beberapa meter menuju dan tiba di tempat selamat kira-kira jam 10 pagi, 19 Disember (2022)," katanya. Ujarnya lagi, kawasan mereka terkandas banjir dengan jalan raya utama lebih lima kilometer dan keadaan gelap serta laluan begitu berisiko sukarkan usaha menyelamat dilakukan lebih awal. Sumber: KitaReporters |
hareeeesah replied at 22-12-2022 04:47 PM
Mee segera tu makan mcm mamee monster la ek..
ina_na replied at 22-12-2022 04:49 PM
Ye..ni kwn2 sekolah aku camping ms sekolah dl citer mmg mkn mcm tu.. sementara tunggu air msk
antikorok replied at 22-12-2022 05:25 PM
Salute dengan abam askor dan tentera sebab memang lasak tentera dan bekas tentera, sbb ...
ADVERTISEMENT