CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1404|Reply: 14

Lebih 5 Jam 3 Bekas Tentera Duduk Atas Pokok Dalam Kegelapan Malam Dek Banjir

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Tiga bekas tentera terkandas banjir hingga terpaksa menyelamatkan diri atas pokok selama lebih lima jam dalam kegelapan malam sebelum diselamatkan rakan mereka.


Kejadian berlaku di Paya Dadeh, Kampung Bukit Tokbat, Hulu Terengganu pada 19 Disember 2022 itu dialami Abd Latif Jamaludin, 54, Wan Azmi Wan Ibrahim, 50, dan Rusli Muhammad, 42.




Dari kiri:  Wan Azmi Wan Ibrahim, Rusli Muhammad dan Abd Latif Jamaludin.




Perkongsian di TikTok @nagaganaz9 memaparkan usaha rakan mereka, Mohd Fauzi Sufian, 51, dibantu beberapa individu lain menaiki bot bagi misi menyelamat dan membawa keluar ketiga-tiga bekas tentera terbabit.


Mereka terkandas banjir ketika menjalankan aktiviti pertanian di tapak Projek Tanaman Sayur Koperasi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Daerah Hulu Terengganu.




Keadaan banjir di sekitar Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu yang dirakam jam 8.30 pagi, 19 Disember 2022.





Menurut Abd Latif, mereka ke kebun sekitar jam 8 pagi pada Ahad, 18 Disember dan dua jam kemudian hujan lebat berterusan menyebabkan air parit sedalam satu meter di kawasan pertanian melimpah melimpah.


"Kami berteduh di pondok terlebih dahulu susulan hujan lebat. Kira-kira jam 12.45 tengah hari, Rusli keluar untuk  beli makanan tengah hari tetapi gagal dan berpatah semula.


"Laluan keluar sudah ditenggelami air sedalam hampir satu meter. Harapan kami, air akan surut sebelah petang tetapi lain pula berlaku kerana kawasan kebun turut dinaiki air.










"Semakin lama paras air makin tinggi, pondok kami berteduh tidak lagi selamat. Jam 3.30 pagi, pada 19 Disember kami ambil keputusan memanjat pokok kerana ketika itu kedalaman air sudah melebihi dua meter," katanya.


Tambah Abd Latif, sepanjang terkandas banjir dan terperangkap atas pokok mereka hanya beralaskan mi segera dan biskut.


"engalaman sewaktu berkhidmat dalam dunia ketenteraan sebelum ini banyak membantu kami  berdepan situasi termasuk untuk tidak cemas.


"Telefon Wan Azmi masih berfungsi untuk kami hubungi rakan dan pihak PVATM Cawangan Hulu Terengganu. Telefon saya sendiri kehabisan bateri.







"Kami berjaya dibawa keluar menaiki bot terlebih dahulu sebelum harung banjir beberapa meter menuju dan tiba di tempat selamat kira-kira jam 10 pagi, 19 Disember (2022)," katanya.


Ujarnya lagi, kawasan mereka terkandas banjir dengan jalan raya utama lebih lima kilometer dan  keadaan gelap serta laluan begitu berisiko sukarkan usaha menyelamat dilakukan lebih awal.




Sumber: KitaReporters









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur lah pakcik2 ni skill survival depa tinggi sebab bekas tentera...5jam.tu..
Nak turun tak boleh..sebab kang lalu ke longkang kang...tak.memasal.je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:26 PM | Show all posts
mmg air naik cpat sgt ari tu sbb ujan lebat x brenti2...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:32 PM | Show all posts
dlm keadaan camtu pun sempat lagi melawak...kental betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:37 PM | Show all posts
Askar dan komando mmg hati kental yaachh... survival skill mmg terbaik larr
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
takutnya..kalau kita kt tmpt dia xtau survive ke idok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2022 04:39 PM | Show all posts
ni baru betul tentera. takde merengek mcm pondan sampah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mee segera tu makan mcm mamee monster la ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 22-12-2022 04:47 PM
Mee segera tu makan mcm mamee monster la ek..

Ye..ni kwn2 sekolah aku camping ms sekolah dl citer mmg mkn mcm tu.. sementara tunggu air msk
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 22-12-2022 04:49 PM
Ye..ni kwn2 sekolah aku camping ms sekolah dl citer mmg mkn mcm tu.. sementara tunggu air msk

Aduh kena bedal je le apa ada kan..
eh abis camping tu by the time air masak sikit je la mee tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kg aku ni..banjir panjat pokok kelapa..pastu atas pokok kelapa tu Ada ulo sawa..cmno tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 22-12-2022 07:30 PM

Salute dengan abam askor dan tentera sebab mereka memang lasak, training pun dalam hutan tahap survival yg tinggi dan mampu hidup secara lasak dlm apa jua keadaan. Mereka dgn bomba dan apmm yg bersengkang mata membantu operasi bencana mcm kat Batang Kali tu dan polis yg menjaga keamanan negara macam masa negara diserang Komunis puaka dulu. Merekalah hero yg tak didendang.

Ehhh, tapi ada la sorang businessmen puaka tak sedar diri yg kuar statement kata tentera kita malas makan tido sajork siap suruh kerja kat Felda lagik bagos tak lama dolu. Eh, dasar puaka tak sedar diri businessman terpaling rasis tuh. Businessman tu sedap2 tido dlm rumah besar thanks to abam2 askor, bomba dan polis yg jaga keamanan negara ni. Bersyukurlah ko tuh datang dan tinggal kat negara yg aman ni, kalau ko kat Yindon negara Friskies sana tu dah lama keturunan ko kena hambat dan kedai ko kena bakor eh wahai businessman tak sedar diuntong. Puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-12-2022 07:29 PM
antikorok replied at 22-12-2022 05:25 PM
Salute dengan abam askor dan tentera sebab memang lasak tentera dan bekas tentera, sbb  ...


Tak bermaksud nak rasis. Melayu yg jadi polis, askar, bomba ni jugalah yg bertungkus lumus dalam operasi.
Mmg tak sedar diri mereka yg perlekehkan anggota keselamatan kita. Mmg sekarang takde komunis, mungkin takde musuh secara fizikal. Tapi kita hidup dengan keadaan cuaca yg tak menentu. Mcm2 bencana boleh berlaku.




Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku kena cmneee la nak selamatkan diri sdr
ntah² pokok pun aku xdpt panjat [em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 09:21 PM | Show all posts
wah applysemua ilmu  ketenteraann survival skills tu baguszz...
panjat je pokok 5 jam kunyah je mamee...

hmm...wow, mission difficulty is just like a walk in the park for them ye, situasi sebegini
i believe sapa yg pi latihan bere hijau merah semua lagi teruk training depa so kalau situasi lagu ni depa tak panic pun..relax je chill habis , metaphorically and literally speaking, really.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.141700 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list