Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang masih kecil menjadi mangsa penderaan seksual oleh guru di pusat asuhannya. Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad berkongsi kisah tersebut di media sosialnya.
Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja dan disebabkan itu, dia telah menghantar anak perempuannya ke pusat asuhan. Anaknya mula mengadu sakit di bahagian duburnya dan bila ditanya mengapa anaknya menjawab ia dilakukan oleh gurunya. "Yang baru-baru ni, dia cakap buntut dia sakit, macam saya pegang pun dia tak bagi. Dia cakap tu ma sakit ma sakit ma. Saya dah macam teringat baliklah kan pasal yang tu, tiga hari ni perasan rasa macam dia banyak termenung."
Sebelum ini, anaknya itu ada mengadu sakit di bahagian kemaluan tapi dia langsung tidak mengesyaki apa-apa dan berpendapat kemungkinan sakit disebabkan lampin pakai buang. "Saya train dia, siapa-siapa lelaki yang pegang memang tak boleh saya cakap macam tu. Lepas tu saya tanya dia, ada sesiapa pegang ke? Tiba-tiba dia terus cakap macam teacher pegang. Macam tak terfikirlah, mungkin macam cikgu, pengasuh perempuan dia kan. Tak terfikir masa tu. "Start tu baru saya perasan bila hantar dia pergi sekolah, kalau teacher lelaki tu yang sambut dia tak nak pergi sekolah, dia tak nak masuk pun." Difahamkan, kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak berperikemanusiaan si pelaku. Mereka berharap agar si pelaku dikenakan tindakan yang sewajarnya. -CARI
|
Nham22 replied at 22-12-2022 07:22 AM
Yg hafiz mamat tu asal g cium2x budak tu...
buapakperut replied at 22-12-2022 03:32 PM
Kann tu pun satu, siap nk cium2 banyak kali
edayildiz replied at 22-12-2022 01:56 PM
mksdnya cikgu tu gayah la kan..yg xfhmnya knp dorg xblh cari partner buat ngan partner dorg..so that ...
shernazz replied at 22-12-2022 06:57 AM
Ke dia htr anak dia playschool?
Iols htr anak ke playschool umo 3 tahun...masa tu kebetulan ada teac ...
ADVERTISEMENT