Siapa sangka gara-gara terlepas cakap, seorang gadis kini dalam dilema. Bak kata pepatah, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
Semuanya bermula apabila kebimbangannya sendiri yang masih belum bertemu jodoh pada usia lewat 20an. "Umur 28 dah kira andartu ke? Ramai lagi kawan sebaya belum kahwin, tapi ibu ayah saya terlalu risau saya kahwin lambat. "Boleh kata setiap masa mesti tanya 'Dah jumpa seseorang ke? Kalau belum biar ibu ayah tolong cari'," luahnya menerusi satu perkongsian di Twitter. Sering kali diasak pertanyaan tentang kahwin, dia sendiri memaklumkan kepada ibu bapanya untuk mencari jodoh buatnya.
"Bosan asyik kena tanya pasal kahwin, saya terlepas cakap 'ibu ayahlah carikan'. Dia orang angguk kepala setuju macam dah ada calon untuk saya tau," katanya. Seperti yang dijangka, tidak lama kemudian seorang lelaki dipercayai agak lanjut usia datang merisik. "Pakcik tu datang seorang je, tak ada isteri ke saudara-mara teman dia. Cara berbual pun macam dah lama kenal ayah sebab cerita pengalaman dia orang berdua dulu. "Pakcik tu pun macam kelakar orangnya buat dad jokes terhibur juga tengok dia orang berbual," katanya. Menurutnya lagi, ibu bapanya datang ke bilik tidurnya sebaik lelaki berusia berkenaan pulang dan bertanyakan pendapat. "Dia orang tanya macam mana? Okay tak orang tu? Saya tanya balik tak tahu nak jawa sebab tak tengok lagi anak pakcik tu," katanya. Namun sangkaannya ternyata meleset kerana bukan anak lelaki berkenaan yang ingin dijadikan calon menantu. Ini kerana kata mereka, lelaki yang digelarnya sebagai 'pakcik' itu sebenarnya masih bujang. "Ibu ayah saya kata pakcik tu belum kahwin lagi. Dia la tuan badan yang nak kahwin dengan saya. Saya terus... ehh? Serius la? Kan sama je baya ayah tu. "Ayah kata pakcik tu baik, duit ‘berkepuk’ (banyak). Kalau kahwin memang 'cuci kaki' je, ada semua," katanya tanpa mendedahkan usia bapa mahupun lelaki berkenaan. Dia bagaimanapun tidak menjawab kerana perasaannya sedih bercampur marah, sama sekali tidak menyangka ibu bapanya sanggup mencari 'orang tua' sebagai calon menantu mereka. "Ayah kata cuba dulu kenal hati budi. Masalahnya saya tak nak. Ayah bagi nombor telefon saya kat pakcik tu, lepas tu dia cakap cubalah berbual baik-baik kalau pakcik tu call. "Pendek cerita, pakcik tu pun call lepas beberapa hari. Dia tanya sihat ke tak... dia cakap panggil abang. Saya terdiam, bulu roma saya merinding seram sejuk apabila dia sebut abang," ujarnya. Menurut gadis itu, dilema yang berlaku membuatkan dia mahu merantau jauh, tetapi komitmen hutang membatalkan hasratnya itu. Pada masa sama, dia mengakui lelaki sebaya bapanya itu mempunyai karakter yang begitu disenangi. "Pakcik tu baik, lemah lembut, kelakar la juga... tapi jarak umur tu yang buat saya ralat. Apa patut saya buat? Saya dah letih kena attack pertanyaan bila nak kahwin tapi jodoh yang sampai pula macam ni. Tak tahu nak buat apa dah ni," katanya menerusi luahan di laman Twitter ConfessTweetMY. "Parents confessor ni selfish la, fikir harta je. Mak bapa lain sibuk nak yang secocok sepadan. Ni tak.. mentang-mentang berharta, tua sebaya bapa sendiri pun sanggup jadikan menantu. Kalau orang tu sakit, anak awak juga yang berpenat lelah. Memang la sakit tak kira usia tapi ni memang terang-terang tua! "Tak suka kalau orang nak kahwin sebut harta. Tanya balik apa niat nak kahwinkan anak tu. Sebab harta orang ke apa? Kena buat istikarah, jodoh ni datang memang pelik-pelik. Tapi kalau itu yang terbaik kita memang tak sangka. "Kalau kau sendiri tak reti nak say no to your parents, get ready jelah kawin dengan pakcik tu. Dah kau pun diam seribu bahasa memang lah dia orang ingat kau okay je," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
sufi^_^ replied at 22-12-2022 01:34 PM
memang mak apak rasa terhina sangat eh kalau ada anak umur late 20s belum kawen2?
CikYaYaYa replied at 22-12-2022 03:17 PM
28 kira andartu dah kee?? Btw agakk laaa mak pakk diaa pon.. Kalau tuaa sikit aq boleh terimaa lagii ...
edayildiz replied at 22-12-2022 02:30 PM
tua kalau 40an- 50 ok lg la..tengah herlok lg kot..i suka jer org tua..matang dan berwibawa..tp lela ...
ADVERTISEMENT