CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangkai Lembu Tanpa Kepala Buat Orang Felda Di Kluang Resah!

22-12-2022 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2259| Komen: 22

KLUANG: Penemuan bangkai seekor lembu yang tidak mempunyai kepala dipercayai angkara binatang buas menimbulkam rasa bimbang di kalangan peneroka khususnya warga kerja di Felda Bukit Tongkat dan Ulu Denga.


Susulan kejadian yang berlaku semalam itu, pihaknya menggesa agar satu tindakan dan pemantauan boleh dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

Pada 19 November lalu, dua ekor anak lembu ditemui mati didalam ladang berhampiran hutan di Felda Bukit Tongkat dengan salah seekor daripadanya terdapat kesan dimakan oleh binatang buas manakala sehari selepas itu, seekor anak lembu turut ditemui mati di Felda Ulu Denga dengan kesan cengkaman serta kecederaan hampir sama berlaku di Felda Bukit Tongkat.


Foto: Utusan


Terbaru, seekor anak lembu ditemukan mati di Felda Ulu Denga semalam dengan bahagian tengkuk hingga kepala hilang dipercayai angkara binatang buas.

Penduduk Felda Ulu Denga, Ghazali Rahman,50, berkata, rentetan daripada kejadian itu pihaknya mengesyaki ia berpunca daripada harimau berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemukan berhampiran setiap bangkai lembu berkenaan.

Katanya, mungkin kejadian sama akan berulang dalam masa terdekat ini sekiranya berpandukan kepada kejadian pertama, kedua dan kelmarin yang berjarak tempoh kira-kira sebulan.

“Oleh yang demikian, pihak berwajib perlu melakukan sesuatu kerana kematian beberapa ekor anak lembu ini mengakibatkan kerugian yang banyak kepada penternak.

” Lebih membimbangkan lagi ianya juga boleh mengakibatkan keselamatan manusia khususnya penternak atau pekerja ladang,”katanya.

Perhilitan Johor dalam pada itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 22-12-2022 08:21 AM
kokak dek zombie
calling blastoff

Quote esbok 22-12-2022 09:04 AM
rimau ni mmg pesen makan tak abih ka
Quote supernaturalee 22-12-2022 09:19 AM
resah...gelisah...bila kau tak berada disampingku....


can't help it



Quote ifanonline 22-12-2022 09:22 AM
atau serigala jadian? werewolf in felda
Quote Samerosie 22-12-2022 09:22 AM
Pelik lak harimau larikan kepala je tinggalkan badan yg fleshy tu.  Kalau tengok natgeo, badan la yg dikokak dulu lepas gigit kat tengok patahlah leher.  Harimau malaya nak buat sup kepala kah.
Quote Tinot7 22-12-2022 09:23 AM
Rimau jadian?
Quote apech 22-12-2022 09:29 AM
tri-max replied at 22-12-2022 08:21 AM
kokak dek zombie
calling blastoff

akhirnya tahilisis beliau terbukti benerr
Quote AbukRokok 22-12-2022 09:32 AM
tri-max replied at 22-12-2022 08:21 AM
kokak dek zombie
calling blastoff

jaga2 korang 5G dah start tahun depan semua jd zombie
Quote AbukRokok 22-12-2022 09:32 AM
ifanonline replied at 22-12-2022 09:22 AM
atau serigala jadian? werewolf in felda

zombie
Quote Belibis 22-12-2022 09:35 AM
Pontianak dah tak curi ayam...??
Quote mdhelmi 22-12-2022 09:42 AM
esbok replied at 22-12-2022 09:04 AM
rimau ni mmg pesen makan tak abih ka

dia bawa lari mana yg sempat je
kalo benda tu ringan memang semua diangkutnya
Quote pembacagosip 22-12-2022 10:28 AM
Belibis replied at 22-12-2022 09:35 AM
Pontianak dah tak curi ayam...??

teringat video aku tgk semalam ig 15 memesponti masuk kat reban ayam hutan pok cik tu dok suluh2 lampu
siap kata oh ko la yg takut kan ayam aku
selamba je pak cik tu cakap ngn hantu
berani betul

pastu ponti tu lari
Quote Belibis 22-12-2022 10:29 AM
pembacagosip replied at 22-12-2022 10:28 AM
teringat video aku tgk semalam ig 15 memesponti masuk kat reban ayam hutan pok cik tu dok suluh2 l ...

Ang percaya???
Quote pembacagosip 22-12-2022 10:34 AM

layankan jela


Quote KamikuP 22-12-2022 11:08 AM
Ambik kepala buat pemujaan masuk dlm darkweb
Quote Mary_jane 22-12-2022 11:29 AM
Kerja penanggal ke? Ke ada jambatan baru nak buat?
Quote Simunggu 22-12-2022 11:31 AM
makan ayam salah, lembu pula pun salah....
Quote CiliPadiSedap 22-12-2022 12:03 PM
pembacagosip: teringat video aku tgk semalam ig 15 memesponti masuk kat reban ayam hutan pok cik tu dok suluh2 lampusiap kata oh ko la yg takut kan ayam akuselamba  ...


ponti tu muka berkedut tak sempat facial treatment

Quote Skuau 22-12-2022 12:07 PM
ifanonline replied at 22-12-2022 09:22 AM
atau serigala jadian? werewolf in felda

atau...werewolf dari Bangladesh...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.039835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top