CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beza Umur 24 Tahun Tapi Ibunya Awet Muda Sangat, Keluar Dengan Anak Lelaki Mesti Disangka Pasangan Kekasih

22-12-2022 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3474| Komen: 28

Petaling Jaya: Sekali imbas, Muhammad Azriel Shafiq Mohd Asri dan Rusjalifa Jamaluddin nampak seperti pasangan bercinta.

Hakikatnya, mereka berdua anak beranak dengan jurang umur 24 tahun tetapi nampak sebaya kerana wajah dan penampilan Rusjalifa, 48, persis wanita muda.


Dua beranak itu mendapat perhatian netizen selepas Muhammad Azriel Shafiq, 24, berkongsi gambar dengan ibunya di kumpulan Edit Apa Hari Ni (EAHN) di Facebook (Fb), baru-baru ini.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Azriel Shafiq yang menetap di Damansara Damai, di sini berkata, tujuannya berkongsi gambar dengan ibu di kumpulan berkenaan adalah sekadar untuk melihat reaksi pengikut kumpulan itu.


Foto: FB


"Saya sudah lama menjadi pengikut kumpulan berkenaan dan sering lihat orang lain kongsi gambar di situ.

"Jadi, saya pun cuba beranikan diri kongsi dengan gambar dengan emak kerana nak tengok juga apa pandangan orang.

"Ada komen positif, tidak kurang juga negatif dengan mengatakan emak cantik tetapi saya tidak (kacak) tetapi saya terima saja.

"Bagaimanapun, kebanyakan komen mengatakan kami macam pasangan dan bukan emak dan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia tidak terkejut apabila ada yang mengatakan dia dan ibunya seperti pasangan bercinta atau suami isteri kerana ramai beranggapan begitu sebelum ini.

"Sebenarnya, ramai yang pernah salah sangka dengan saya dan emak apabila kami keluar bersama malah sudah jadi satu kebiasaan apabila ada yang menganggap kami pasangan bercinta.

"Kawan emak sendiri pernah keliru apabila nampak kami bersama dan tanya siapa saya dengan emak untuk dapatkan kepastian.

"Kelakar juga namun saya faham mengapa ada salah sangka kerana emak jenis yang suka bergaya jadi sedikit sebanyak nampak dia jauh lebih muda daripada usia sebenarnya," katanya yang juga pemegang Diploma Pengurusan Automatif lulusan Universiti DRB-HICOM di Pekan Pahang dan mencari rezeki dengan berniaga takoyaki sejak dua tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spankee_fili 22-12-2022 08:11 AM
Omg tak rasa geli ke bila orang kata nampak macam pasangan bercinta?
Iols dulu keluar ngan adik laki, orang kedai ingat couple pun rasa geleman.. inikan pula nak share gambar baju sedondon in public gitu
Tapi maybe la hubungan mak anak ni lebih istimewa
Quote bakingsoda 22-12-2022 08:22 AM
pakai mcm orang muda, tutup pulak dgn mask mmg la org tatau
Quote zeed 22-12-2022 08:25 AM
Kalau bukak mask nampak la dia berusia. Tapi body dia lawa utk umur tu
Quote nononcrux 22-12-2022 08:32 AM
zmn sekarang wanita aware penjagaan dalaman & luaran.. maklum la zmn dah maju, semua benda jadi tumpuan..
Quote s@s@ 22-12-2022 08:50 AM
maybe guna produk timbang kilo
Quote EJALTI 22-12-2022 08:52 AM
Ingatkan pasangan kekasih, rupanya...

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... gan-kekasih-rupanya

Redzuan Muharam
[email protected],.my

Disiarkan pada: Disember 21, 2022 @ 10:25pm


Muhammad Azriel bersama Rusjalifa. FOTO IHSAN MUHAMMAD AZRIEL SHAFIQ MOHD ASRI

Petaling Jaya: Sekali imbas, Muhammad Azriel Shafiq Mohd Asri dan Rusjalifa Jamaluddin nampak seperti pasangan bercinta.


Hakikatnya, mereka berdua anak beranak dengan jurang umur 24 tahun tetapi nampak sebaya kerana wajah dan penampilan Rusjalifa, 48, persis wanita muda.

Dua beranak itu mendapat perhatian netizen selepas Muhammad Azriel Shafiq, 24, berkongsi gambar dengan ibunya di kumpulan Edit Apa Hari Ni (EAHN) di Facebook (Fb), baru-baru ini.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Azriel Shafiq yang menetap di Damansara Damai, di sini berkata, tujuannya berkongsi gambar dengan ibu di kumpulan berkenaan adalah sekadar untuk melihat reaksi pengikut kumpulan itu.

"Saya sudah lama menjadi pengikut kumpulan berkenaan dan sering lihat orang lain kongsi gambar di situ.

"Jadi, saya pun cuba beranikan diri kongsi dengan gambar dengan emak kerana nak tengok juga apa pandangan orang.

"Ada komen positif, tidak kurang juga negatif dengan mengatakan emak cantik tetapi saya tidak (kacak) tetapi saya terima saja.

"Bagaimanapun, kebanyakan komen mengatakan kami macam pasangan dan bukan emak dan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia tidak terkejut apabila ada yang mengatakan dia dan ibunya seperti pasangan bercinta atau suami isteri kerana ramai beranggapan begitu sebelum ini.

"Sebenarnya, ramai yang pernah salah sangka dengan saya dan emak apabila kami keluar bersama malah sudah jadi satu kebiasaan apabila ada yang menganggap kami pasangan bercinta.

"Kawan emak sendiri pernah keliru apabila nampak kami bersama dan tanya siapa saya dengan emak untuk dapatkan kepastian.

"Kelakar juga namun saya faham mengapa ada salah sangka kerana emak jenis yang suka bergaya jadi sedikit sebanyak nampak dia jauh lebih muda daripada usia sebenarnya," katanya yang juga pemegang Diploma Pengurusan Automatif lulusan Universiti DRB-HICOM di Pekan Pahang dan mencari rezeki dengan berniaga takoyaki sejak dua tahun lalu.

Quote missbigrockstar 22-12-2022 08:56 AM
Kalau kakak dan adik logik lah. Gambar kanan tu nampak selari usia mak dia. Maybe cara dressing dan body slim kot nampak dia muda.
Quote debab_78 22-12-2022 08:58 AM
Hujung2 artikel terselit jua lulusan diplomanya yer...
Quote Rajawali 22-12-2022 09:06 AM
orang slim memang nampak muda...ini dah la boyot,boyak,buncit,boroi,badan saiz peti ais tak de shape...memang la nampak hancur
Quote mily 22-12-2022 09:07 AM
Filter camera je tu... Kalau perati nampak gak la garis halus usia umur tu... Huhu..
Makeup lagi kan... Semua blh jadi
Quote ifanonline 22-12-2022 09:08 AM
dah besar panjang tu sila jaga mak elok2...
Quote ketambangkang 22-12-2022 09:08 AM
takde la nampak muda sgt mak dia tu, muda sikit je dr umur sebenar ade la
Quote Denco 22-12-2022 09:17 AM
ok la tu umur 48thn mcm tu... yg penting xdelah mcm rupa acik2 produk2 timbang kilo
Quote Suchi 22-12-2022 09:18 AM
Edited by Suchi at 22-12-2022 09:19 AM

Gambo pakai jeans tu je nampak cam rang muda.
Ikutkan umur2 dia tu kalau masih pakai slim fit jeans mmg kena kecam walaupun dia masih muat nak sarung.
Netizen selalu merasakan pakaian ni kena ikut umur bkn saiz badan.
Umur 20an je blh pakai gitu, awak dh 40an kena pakai baju huduh2.
Tgk jela kalau ada artis dah 40an masih stylo mesti kena kecam
Iols pun penah gak kena sindir sbb suka bergaya walhal iols pun tak tua lg, koser sgt sukati laa org nk bergaya cemana pun jgnla dengki
Quote ezacbee 22-12-2022 09:21 AM
Bak kata mak jah (keluarga iskandar) "cow girl".

Nampak muda sbb body slim. Cuba body jenis tempayan, usia muda pun org cakap tua.
Quote prince_marhaen 22-12-2022 10:48 AM
ssswettt homeee alabamaaa....
Quote rosedemon 23-12-2022 06:48 AM
yolahhh. terpaling cantik la tu
Quote faraway1 23-12-2022 07:15 AM
Dedua muka tua
Quote she 23-12-2022 07:27 AM
Gelinya dianggap pasangan bercinta
Kalau adik kakak ok lagi

Poyo nye kau dek
Patut kau perbetulkan tanggapan masyarakat tu
Ini ekau macam bangga plak mak tu orang kata gf
Yihhh

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.067807 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top