Pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sekali lagi menjadi bualan warganet apabila didakwa mengabaikan anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih.
Menerusi perkongsian video di Instagram Rumpi_gosip memaparkan keluarga kecil itu di dalam sebuah kereta namun Leslar dibiarkan duduk tanpa pengawasan ibu bapanya. Lebih membimbangkan, mereka tidak meletakkan kanak-kanak itu di dalam 'car seat' bagi memastikan keselamatannya. Malah, Lesti dan Rizky dilihat leka dengan telefon bimbit masing-masing sehingga mengabaikan anak mereka yang hampir terjatuh. Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet menyelar tindakan pasangan berkenaan kerana bimbang keselamatan anak kecil mereka.
|
ADVERTISEMENT