CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

20 Minit Terakhir, Dapat Juga Jackson Wang Lepak Mamak

21-12-2022 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2874| Komen: 5

Tercapai juga keinginan penyanyi K-Pop terkenal, Jackson Wang untuk melepak dan menikmati makanan di restoran mamak.

Jackson dengan gembira berkongsi perkara itu menerusi mebeberapa siri video pendek yang di muat naik di ruangan Insta Story akaun Instagram miliknya pada Selasa.


Dengan menggunakan hashtag #mamak di video tersebut, Jackson merakamkan beberapa hidangan makanan yang dicuba antaranya Roti Naan, Ayam Tandoori, Roti Tisu dan juga air Milo Dinasour.


IG

Malah Jackson juga memberitahu dia berjaya melunaskan hasratnya itu 20 minit sebelum berangkat meninggalkan lokasi persinggahannya.

“#MagicmanWorldTour #Malaysia hentian kedua. Terlalu kenangan di sini. Pelbagai pengalaman konsert, pengalaman kehidupan malam, berjalan di sekitar bandar. 


“20 minit sebelum saya meninggalkan tempat yang menakjubkan ini, akhirnya dapat juga Mamak…

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua pengalaman dan saya harap semua orang yang hadir ke persembahan saya dapat merasakan mesej itu,” tulisnya.



Jackson hadir ke Malaysia untuk menjayakan konsert Magic Man World Tour pada Sabtu lalu bertempat di Axiata Arena.

Dalam konsert tersebut juga Jackson berkata dia akan memastikan hasratnya untuk melepak di restoran mamak.

Sebelum ini Jackson menyatakan hasrat tersebut ketika kunjungan pertamanya ke Malaysia untuk persembahan Good Vibes Festival di Sunway Lagoon pada September lalu namun tidak sempat merialisasikan keinginannya.


Sumber: Gempak






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-12-2022 02:24 AM
Mamak mana dia lepak?
Quote jelitayu 22-12-2022 03:01 PM
Ramly burger tak try ke.....aku tengok ramai foreigners excited nak mencuba street burger kat malaysia ni...lain maciam rasanya kata dia org la...
Quote laicibiru 27-2-2023 09:41 PM

tak sure tapi macam mamak high end jugak la kot
Quote laicibiru 27-2-2023 09:42 PM
jelitayu replied at 22-12-2022 03:01 PM
Ramly burger tak try ke.....aku tengok ramai foreigners excited nak mencuba street burger kat malays ...

tak sempat kot, sebab heols datang sini pon tak lama.
Quote ujio 3-3-2023 03:19 AM
Nak ke tak nak lepak mamak...
Nak ke tak nak lepak mamak....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050629 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top