CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Takkan Lepaskan Jenazah Pejuang Palestin Untuk Dikebumi

21-12-2022 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 579| Komen: 0

Menteri Pertahanan Israel hari ini berkata jenazah seorang pejuang Palestin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru semalam tidak akan dilepaskan untuk dikebumikan.

Pejabat Benny Gantz berkata, mayat Nasser Abu Hmaid, salah seorang pengasas Briged Syuhada Al Aqsa, akan digunakan untuk proses tawar-menawar bagi pertukaran banduan Israel dan mayat tentera yang ditahan oleh kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza.

Abu Hmaid, 50, adalah bekas pemimpin sayap bersenjata parti Fatah, pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.


Latifa, ibu kepada pejuang veteran Palestin, Nasser Abu Hmaid, yang maut di penjara Israel dan jenazahnya enggan dilepaskan oleh pihak berkuasa Yahudi. - Foto REUTERS

Dia sudah menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup sejak 2002 selepas disabitkan kesalahan dalam kematian tujuh warga Israel semasa intifada atau pemberontakan Palestin menentang pendudukan haram Israel pada awal 2000-an.

Semalam, rakyat Palestin berarak dan menutup kedai di Tebing Barat berikutan kematiannya di penjara Israel.

Israel sering kali menyekat jenazah rakyat Palestin yang dibunuh ketika didakwa melakukan serangan dan menggunakannya bagi rundingan pertukaran banduan atau mayat warga Israel.

Selain itu, dasar berkenaan juga berfungsi sebagai pencegah serangan di masa depan. Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia berkata, tindakan itu adalah satu bentuk hukuman kolektif yang dikenakan ke atas keluarga yang bersedih.

Hamas menahan dua tawanan Israel dan mayat dua tentera Israel yang terbunuh semasa perang Gaza 2014.

Kementerian Luar Israel berkata, hari ini keluarga empat warga Israel itu bertemu dengan Paus Francis di Vatican dan Paus 'menyatakan solidariti yang mendalam dengan mereka, terutama dengan penderitaan ibu-ibu'.

Pegawai Palestin sebelum ini menggesa supaya Abu Hmaid dibebaskan kerana kesihatannya merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan semalam, mereka menyalahkan Israel atas kematiannya.

Gantz bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa Israel terbabit dalam apa cara sekali pun dalam kematian Abu Hmaid.

Kematian Abu Hmaid berlaku ketika salah satu tahun paling berdarah dalam pertempuran Israel-Palestin sejak beberapa dekad kebelakangan ini, dengan harapan penyelesaian dua negara dilihat semakin jauh. 


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067556 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top