CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tak Layan Permohonan Peguam Ebit Lew Larang Media Lapor Perkataan Sensitif

21-12-2022 11:12 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2802| Komen: 23|Original author: LilRose

Permohonan peguam Ebit Lew untuk melarang pihak media daripada melaporkan perkataan sensitif sepanjang prosiding kes pendakwah terkenal itu tidak dilayan Mahkamah Majistret Tenom di Sabah.


Keputusan itu dibuat berdasarkan hujahan kedua-dua pihak.


Kredit foto: FB

Lapor Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan turut membantah permohonan dikemukakan peguam Ram Singh kerana sependapat dengan mahkamah bahawa media mempunyai hak melaporkannya.

“Kes dibicarakan dalam mahkamah awam dan bukti diberikan di dalam mahkamah awam. Media tidak boleh bersifat selektif dalam memilih atau memutuskan perkara yang sensitif kepada tertuduh atau pengadu.


“Oleh itu, kami tidak bersetuju dengan permintaan itu,” katanya sebelum memulakan pemeriksaan balas terhadap saksi ketiga, Firdaus Wong.


Kredit foto: Harian Metro

Ebit pada 18 Feb didakwa atas 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 41 tahun di Tenom, Sabah selain didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi sembang WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Pendakwah itu sebelum ini dibenarkan mahkamah untuk diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 22-12-2022 03:39 AM
apahal dgn sabah, kalau x silap kes pu azmannpun ada kaitan dengan sabah juga
Quote nononcrux 22-12-2022 09:39 AM
kalau betul tak tahu la nak ckp ape.. hmm
Quote totokreturn. 22-12-2022 09:46 AM
semoga terbela lesong tumbuk
Quote Kurex 22-12-2022 09:49 AM
Gituuuuuu      
Quote KamikuP 22-12-2022 12:24 PM
Meolss tak pecaya segala mcm pendakwah kecuali Ustaz Kazim pojaan hati betha (love)
Quote lotusteratai 22-12-2022 01:36 PM
Itzy replied at 22-12-2022 03:39 AM
apahal dgn sabah, kalau x silap kes pu azmannpun ada kaitan dengan sabah juga

mangsa org sabah tp buat report kat kl klu x silap. Ni baru sorang mangsa, yg lain2 belum start pendakwaan lg rasanya
Quote lotusteratai 22-12-2022 01:37 PM
KamikuP replied at 22-12-2022 12:24 PM
Meolss tak pecaya segala mcm pendakwah kecuali Ustaz Kazim pojaan hati betha (love)

uke bukan ada isu juga ke?
Quote KamikuP 22-12-2022 01:54 PM

Whatever dekkk.. ada meolss kesah.. ekekeke
Quote plywood 22-12-2022 01:58 PM
lotusteratai replied at 22-12-2022 01:36 PM
mangsa org sabah tp buat report kat kl klu x silap. Ni baru sorang mangsa, yg lain2 belum start pe ...

baru seorang? ... ada lagi rupanya...

kalau orang biasa .. aku lantakkan sajer kes dia ni...


masalahnya dia ni ada imej agama dan ada imej seorang yang selalu tolong orang yang dah sampai level negara... kadang sampai internasional plak


Quote uori 22-12-2022 02:20 PM
boleh ekkk? kenapa kes hospital shandong sampai ke harini takde khabar berita? penat je gaduh sana sini pasai ekon
Quote lotusteratai 22-12-2022 02:25 PM
plywood replied at 22-12-2022 01:58 PM
baru seorang?  ... ada lagi rupanya...

kalau orang biasa .. aku lantakkan sajer kes di ...

skrg kan ramai penunggang agama, tunggu masa je nak terbuka semua kejahatan yg diorg buat ni. The so called pu, daie, selfclaim ustaj ni jgnla percaya bulat2. Klu org tu bawa imej islamik, kena put extra caution. Jgn jadi tipah tertipu
Quote makadek 22-12-2022 03:32 PM
KamikuP replied at 22-12-2022 01:54 PM
Whatever dekkk.. ada meolss kesah.. ekekeke

Begitulah  citarasa pentaksub
Quote KamikuP 22-12-2022 03:35 PM
makadek replied at 22-12-2022 07:32 AM
Begitulah  citarasa pentaksub

Sebok la kau ni.. ekekekeke
Quote makadek 22-12-2022 03:46 PM
Maka terbukti la yini semua bukan deepfake
Skrg loyar dia nk buktikan hal yini shuker sama shuker maksudnya 2 2 pn mmg melayan
Alang2 dh malu


Tp tu la penyembah masih lg ckp yini pitenoh akhir zaman
Quote makadek 22-12-2022 03:53 PM
Page2 berita tak kuarkan sgt kes dia apakah sudah dbayar
Quote sufi^_^ 22-12-2022 03:56 PM
makadek replied at 22-12-2022 07:46 AM
Maka terbukti la yini semua bukan deepfake
Skrg loyar dia nk buktikan hal yini shuker sama shuker ma ...

maknanya, kejadian memang berlaku la ye? Bukan pitenah akhir zaman bak kata walabit walabitah?
Quote makadek 22-12-2022 04:52 PM
sufi^_^ replied at 22-12-2022 03:56 PM
maknanya, kejadian memang berlaku la ye? Bukan pitenah akhir zaman bak kata walabit walabitah?

Secara teknikal menjurus mcm tu ...  sbb loyar dia kata mangsa pn ade hantar gambar tetek
Tp firdaus wong ckp dia tk tau lak tu tetek sapa
Sbb hp mangsa dn dewa polis dh rampasss
Polis pn ckp ade penemuan baru dlm hp tu hah......
Kau
Quote bulanbulat 22-12-2022 05:03 PM
makadek replied at 22-12-2022 03:46 PM
Maka terbukti la yini semua bukan deepfake
Skrg loyar dia nk buktikan hal yini shuker sama shuker ma ...

Pandai kan loyar dia. Memula maybe rela pastuvteringat tuhan/laki

Still dia menggunakan pengaruh nama dia
Quote jihyomelly 22-12-2022 05:10 PM
lotusteratai replied at 22-12-2022 01:37 PM
uke bukan ada isu juga ke?

bukan isu anak dia kalau x silap..sejak tu sakit memanjang

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041246 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top