CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mungkin Ada Masalah Keluarga Dan Banyak Tanggungan, Tuju Gaduh Dengan Ahli Kumpulan K-Clique?

21-12-2022 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2624| Komen: 10

Kumpulan hip hop popular K-Clique didakwa mengalami perselisihan faham apabila salah seorang ahlinya, Tuju tidak kelihatan semasa Konsert Havoc Midnight pada September lalu.

Memetik laporan Harian Metro, ketiadaan Tuju pada majlis perkahwinan salah seorang ahli kumpulan terbabit, FareedPF yang berlangsung pada Oktober lalu turut menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Noki berharap pertanyaan tersebut boleh diajukan sendiri kepada Tuju bagi mengelakkan salah faham.

Foto: IG

“Saya tidak mampu berkata apa-apa kerana semuanya berpandukan daripada Tuju.

“Kalau nak tahu cerita sebenar lebih baik tanya Tuju sendiri. Bagi pihak K-Clique, tiada apa yang perlu saya jelaskan,” katanya.


Menurut Noki, Tuju kini sedang berada di Sabah dan dikhabarkan bakal kembali semula ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.



“Kami sudah tidak berhubung sejak tiga hingga empat bulan lalu. Sepanjang tempoh ini, kami tidak berkomunikasi langsung dengannya.

“Ini adalah fasa biasa untuk kumpulan seperti K-Clique. Ini kerana kami sudah kenal sejak kecil lagi.

“Jadi, bila berlaku perkara seperti, rasanya tidak perlu untuk difikirkan sangat. Mungkin Tuju ada masalah keluarga dan banyak tanggungan.

“Kami beri ruang untuk Tuju menyelesaikan masalahnya. Saya percaya kalau Tuju sudah bersedia, dia akan cari kami semula,” ujarnya.



Disoal sama ada dia terasa hati dengan Tuju, Noki tidak menafikan kerana ia memberi kesan kepada K-Clique.

“Jujurnya, memang terasa apabila ramai bertanya mengapa Tuju tidak lagi bersama K-Clique.

“Kenapa Tuju tidak membuat persembahan bersama. Penganjur juga pelik kenapa kami tinggal bertujuh.

“Ia juga memberi kesan kepada K-Clique. Tetapi, tidak mengapa, benda dah nak jadi. Kami hanya mampu bersabar dan tunggu apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.



Selain Noki dan Tuju, K-Clique turut dianggotai oleh MK, Fareed, Somean, KDeaf, Gnello dan NastyNas.

Lagu nyanyian Noki dan MK berjudul Payung Pelangi berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 21-12-2022 09:26 PM
12 feb juara lagu
Quote KirazMevsimi 21-12-2022 09:26 PM
lama nya tak berhubung. moga yang baik baik buat semua
Quote kechikchomel 21-12-2022 10:06 PM
Haritu ada kan pic Tuju kurus kering. Iolss nak speku tgh rehab boleh?
Kalau speku yg elok² tgh join tabligh
Quote Sunkiss8999 22-12-2022 12:02 AM
Laaa..ramai rpe nye ahli kumpulan kclique ni..iols haram tak tau lagu dorang..tau wujud pun sebab tgk si mk tu..terasa tua btl diri ni
Quote codenamedream 22-12-2022 12:20 AM
Bini tuju baru buat repair hidung. Nampak kat ig aesthetic clinic.
Quote whimsicalmusic 22-12-2022 03:16 AM
‘kalo nak tao lebih baik tanya tuju’ tp komen ko noki kemain pnjg smpai blh buat org speculate. ptt ko stop je kt statement suruh tnye tuju tu
Quote anggeriklatifah 22-12-2022 06:57 AM
kechikchomel replied at 21-12-2022 10:06 PM
Haritu ada kan pic Tuju kurus kering. Iolss nak speku tgh rehab boleh?
Kala ...

Tabligh ke milah abraham
Ntaah kenap..sejak si Pablo tu reveal pasal Milah abraham..aku syak ramai retis dah masuk agama sesat tu diam2 terutamanyaa yg moden2 ni..
Quote Themilo 22-12-2022 07:22 AM
Noki bila nak leak?
Quote rosedemon 22-12-2022 07:32 AM
gasak ko laaa
Quote Suchi 22-12-2022 09:05 AM
Noki, Tuju ni kira tinggi la juga biasa lelaki sana pindik2 tagap ala2 saiz pok jue tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043363 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top