CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Individu Berpengaruh Minta Barangan Mewah Kalau Nak Berlakon! Ruhainies Jadi Mangsa Sogokan, Nama Dah Disenarai Hitam

21-12-2022 07:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2799| Komen: 15

Ruhainies, 30, mendedahkan dirinya pernah diminta barangan mewah oleh seorang individu berpengaruh dalam industri seni sekiranya mahu dipilih menjayakan sebuah projek drama. 


Ruhainies berkata, dia tidak percaya apabila amalan sogokan berlaku kepada dirinya sehingga namanya disenarai hitam.


Foto: IG

"Budaya sogokan atau rasuah ini sudah lama diamalkan dalam kalangan industri seni, tapi kejadian ini baru berlaku kepada saya tahun ini. 

"Sebelum ini apabila orang bercerita, saya tak percaya kerana tak berlaku pada diri sendiri sehinggalah terjadi depan mata saya. 

"Sekarang ini saya memilih untuk mengunci mulut sebab saya tak nak menutup periuk nasi individu itu walaupun sekarang ini saya sudah disenarai hitam. 



"Individu ini memiliki kuasa di sebuah syarikat. Sebelum ini orang disekeliling saya pernah hadapi situasi sama dan ada juga pihak yang minta buat laporan sebab saya ada bukti, tapi saya tidak sampai hati kerana masih fikir masa depannya," katanya.

Terdahulu, Ruhainies ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes Four Season Place, baru-baru ini.

Menurut Ruhainies, sebagai pelakon dia enggan menjadikan amalan buruk itu sebagai satu budaya ikutan kerana mampu merosakkan industri seni. 



"Saya tidak melayan permintaannya sebab saya tak mahu amalan ini berterusan. Walaupun mereka sudah menormalisasikan budaya ini, tapi saya tak nak. 

"Jadi saya perlu menghentikan budaya ini, bukan untuk diri saya saja tapi untuk bakat-bakat dan penerbit baharu yang nak meningkat naik. 

"Lagipun, ia boleh menjadi satu budaya yang tidak sihat dalam kalangan penggiat industri kreatif. 

"Saya pun mungkin tidak lama berada dalam industri seni, jadi saya perlu bertindak dan melindungi penggiat seni yang teraniaya," katanya. 



Terdahulu Ruhainies pernah meluahkan rasa kurang senang apabila budaya rasuah bukan saja berlaku dalam industri sukan, malah berlaku dalam industri seni.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hunters 21-12-2022 09:15 PM
bg muka bru la...hg still brlakon kayu kayan...
Quote GreySuede 21-12-2022 09:22 PM
Budakijat ada post kat ig dia pasal artis yg di ban sbb manager yg kekwat n lebih sudu dari kuah. So berhati2lah pilih manager ya retis2 semua.
Yg kes minah ni xtaulah sape yg gam dia.
Quote heythere123 21-12-2022 10:49 PM
sheols kalau kena ban pon takpe, sebab berlakon memang hauk
Quote Rogue98 21-12-2022 11:02 PM
Oh ni orang tengah produksi lah yg mintak sogokan kan. Confuse aku mula2. Sebab ruhainies ni pun penerbit jugak.
Rasanye boyfren dia kat UK sbb selalu jugak dia ulang alik. Lepas kahwin duk sana jugak kut sbb dia dah gang dgn msian Londoners sana.
Quote lanacondor 21-12-2022 11:11 PM
Dlo kutsia kahar kan pny bocor rahsia ni.. Sp nk juara dlm carta radio era kne byr rasuah dlo mcm henfon.. Sp plg byk bg org tu la juara carta tahun tu.. ????????
Quote Carcosa 21-12-2022 11:38 PM
Dia ni kalau dlm gambar mesti muka dia mcm over berbedak. Mcm pakai bedak Johnson & Johnson tu, tuang byk2 kat tangan, then poffff! Tepukkan ke muka.
Quote TerataiMelur02 21-12-2022 11:48 PM
Boleh tahan t20 jugak dia ni. Mak pak memang have2 ke?
Quote Perawankota 22-12-2022 12:07 AM
Caner leh kaya raya nih
Quote rosedemon 22-12-2022 07:31 AM
ni pon retis kekonon mewah gilos. puih
Quote buapakperut 22-12-2022 07:42 AM
dah tak tayang pakwe kaya raya tu ke
Quote deebiz14 22-12-2022 09:31 AM
Sheols da 30??!

Tu jer meols nak komen.
Quote cikatilia 22-12-2022 10:10 AM
okla tu...
Quote apech 22-12-2022 11:17 AM
ko kena ban bkn sebab tak bagi barangan mewah. Ko tak di ambik sb kayu
Quote aemon 22-12-2022 11:22 AM
dia da x senyum kemut.
Quote bankerpencen 22-12-2022 02:48 PM
Nampak makin tua. Dah 30 pun masih takde improvement dalam lakonan. Kesian

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.041511 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top