Seorang pelayar TikTok berbelah bahagi untuk menceritakan kisah silam yang berlaku terhadap dirinya kepada bakal suami kerana bimbang ia tidak dapat diterima pasangannya.
Lebih merumitkan situasi apabila cubaan Andressita Nurul untuk menjelaskan hal yang membelenggu dirinya itu gagal apabila pemuda itu pula tidak mahu tahu tentang masa silamnya. Bagi bakal suami wanita ini, dia sudah menerima sisi kurang baik pasangan yang akan menjadi isterinya ini kelak. Menurut wanita ini, segala urusan perkahwinan berjalan dengan baik termasuklah malam pertama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, dia tetap memilih untuk menceritakan 'sejarah hitam' yang berlaku terhadap dirinya kepada suami. Setelah menceritakan hal sebenar, berlaku satu perkara yang dia sendiri tidak jangkakan. "Sampai hari menikah, semuanya berjalan lancar. Malam pertama kami pun semuanya berjalan lancar. "Rupanya suami saya pun sama macam saya. Kami sama-sama pakai gigi palsu," katanya, merujuk kepada 'rahsia' yang ingin diceritakan kepada suami. Menurut Nurul, giginya patah disebabkan pemakaian pendakap gigi palsu namun tidak dinyatakan berapa batang gigi yang 'hilang'. Manakala suaminya pula mengalami patah gigi akibat terjatuh semasa bermain basikal lajak. Kisahnya yang penuh saspen ini meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok. Rata-rata warga maya yang pada mulanya hampir bersimpati dengan nasib Nurul terus terhibur seolah-olah ditipu olehnya. Sumber: mStar |
...Sampai hari menikah, semuanya berjalan lancar. Malam pertama kami pun semuanya berjalan lancar.
prince_marhaen replied at 21-12-2022 03:48 PM
Content tiktok pun boleh jadi thread ek...
jazaa100 replied at 21-12-2022 03:51 PM
Tak lama- dulu tunjuk laki bukak tudong, bukak selapis².....
Nasib dah kena tegur, klu tak bereb ...
"laaa...laki aku saiz tu"
"laki aku kanak-kanak ke?"
"laki aku normal weyhhh"
"fuhhh kira laki aku bertuah ye lebih hormon..patutlahhh asyik lekat.. (telo besar).."
prince_marhaen replied at 21-12-2022 03:57 PM
..tadi meols tengok video education pasal telur (testis) lelaki kat tiktok, ada pakar sakit tuan s ...
jazaa100 replied at 21-12-2022 03:48 PM
Serious.......
Aku memang mnyampah org buat content sambil mencekik.....ni bkn yg review makanan ek ...
prince_marhaen replied at 22-12-2022 09:04 AM
...SAMA.. lagi sorg tu yang dah kawin tu apa nama tora tora ke apa kan.. kemain gunduuuu...content ...
ADVERTISEMENT