|
Datuk Shah Rukh Khan (SRK) tersenarai bagi kategori 50 Pelakon Terhebat Sepanjang Zaman oleh Empire, sekali gus membuktikan sekali lagi bahawa dia layak bergelar Raja Bollywood.
Ini kerana dia menjadi satu-satunya bintang India yang menerima penghormatan luar biasa ini bersama selebriti ternama seperti Meryl Streep, Leonardo DiCaprio, Viola Davis, Robert De Niro, Marilyn Monroe, Natalie Portman, dan Heath Ledger antara lain. Antara karya dan watak terkenal Shah Rukh Khan disebut Devdas Mukherjee (Devdas), Rizwan Khan (My Name Is Khan), Rahul Khanna (Kuch Kuch Hota Hain), dan Mohan Bhargava (Swades). Berita itu dimaklumkan pengurus lama SRK, Pooja Dadlan menerusi Instagramnya.
“@imsrk dalam senarai Empayar 50 pelakon terhebat sepanjang zaman… satu-satunya orang India… membuat kami bangga sentiasa! (emoji high-five)”.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.033462 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.