Ottawa: Lelaki berusia 73 tahun di Kanada didakwa membunuh lima jiran dan mencederakan seorang lagi, dalam kejadian tembakan di sebuah bangunan pangsapuri di pinggir bandar Toronto, pada malam Ahad.
Suspek tidak didedahkan identiti oleh pihak berkuasa tetapi dipercayai penduduk bangunan di Vaughan, Ontario. Dia kemudian ditembak mati oleh penguat kuasa undang-undang. Polis dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira 30 kilometer (km) ke utara Toronto, pada 7.20 malam. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian jam 8 malam itu dan pistol semiautomatik ditemukan di lokasi.
Menurut satu kenyataan, mangsa yang cedera dibawa ke hospital dalam keadaan serius. Polis sedang menyiasat motif dan sama ada terdapat kaitan khusus antara mangsa dan suspek. Difahamkan, suspek bertindak sendirian. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT