Anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat Taman Kendera 1, di sini, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang. Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terbabit dalam operasi berkenaan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif berusia 12 tahun bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat berkenaan. "Tindakan pasukan bomba memanjat naik menggunakan tangga ke atas flat berkenaan melalui jeriji besi," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, kanak-kanak terbabit berjaya ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. "Mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada keluarganya. Operasi ditamatkan pada 8.40 malam," katanya. Sumber: Harian Metro |
slyfynx replied at 20-12-2022 12:04 AM
Budak ni mmg clinically hyperactive ke eh?
Sbb kadang2 ade parents yang gunakan alasan hyper untuk k ...
slyfynx replied at 20-12-2022 12:04 AM
Budak ni mmg clinically hyperactive ke eh?
Sbb kadang2 ade parents yang gunakan alasan hyper untuk k ...
prince_marhaen replied at 20-12-2022 09:48 AM
KAN.... sejak dah banyak kesedaran pasal mental illness, autism, oku, ..ramai pulak claim gini eac ...
ADVERTISEMENT