Tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki memukul wanita hamil lapan bulan dan keluarganya di kampung Diravati daerah Jalaun di Uttar Pradesh, baru-baru ini.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui situasi sebenar kejadian tersebut dan berjanji akan mengheret pesalah ke muka pengadilan. Salah seorang mangsa, Sandeep mendakwa dia berada di rumahnya pada lewat petang ketika tiga samseng bernama Ravindra, Manmohan dan Aadesh dari kampung sama datang ke rumahnya membawa sebatang kayu. Aadesh kemudian memukul keluarga Sandeep sambil bertanya tentang seorang lelaki bernama Manjesh.
“Aadesh mula memukul bapa dan bapa saudara saya. Apabila ini berlaku, isteri saya yang hamil lapan bulan, Upasana, cuba melarikan diri. "Samseng itu tidak bertimbang-rasa malah turut memukul isteri saya dan mengoyakkan pakaiannya. “Mereka kemudian mengheret kami ke luar rumah, selepas itu penduduk kampung menyelamatkan kami daripada mereka,” kata Sandeep. Mangsa memberitahu polis bahawa samseng tersebut memiliki rekod membelasah penduduk kampung beberapa kali sebelum ini. Suspek-supek turut memiliki rekod jenayah atas kesalahan menyimpan senjata haram di rumah mereka. — Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT