CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kami Merayu Video Awaya Ditemukan Lemas Dipadamkan Daripada Media Sosial"

19-12-2022 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3013| Komen: 21

Besut : "Kami merayu video Awaya (Nur Hilwa Edrea Mohd Hariz Zaifan) ditemukan lemas dapat dipadamkan daripada media sosial," kata Nurfa Asheera Mohd Zanua, 25.

Nurfa Asheera adalah ibu saudara kepada Nur Hilwa Edrea berusia setahun dua bulan yang ditemukan lemas akibat banjir di Kampung Apal, di sini, semalam.

Asheera berkata, mereka sekeluarga tidak sanggup melihat video Awaya ditemukan dalam keadaan lemah tidak bermaya yang tular di media sosial.




"Saya mohon orang ramai sensitif dan menjaga perasaan ibu bapanya yang baru kehilangan anak.

"Sebelum ini mereka pernah kehilangan seorang lagi anak ketika usia masih kecil dan pemergian Awaya kali ini sangat dirasai kami semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menceritakan kejadian, Nurfa Asheera berkata, ketika kejadian Nur Hilwa Edrea yang mesra dengan panggilan Awaya berada di rumahnya bersama lima lagi ahli keluarga yang lain.

Katanya, ibu bapa mangsa dalam proses berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Apal kerana kawasan rumah mereka semakin dinaiki air.

"Kejadian berlaku terlalu pantas, saya baru sahaja siap mandi serta menyuapkan nasi kepada Awaya sebelum meninggalkannya seketika bersama dua lagi beradiknya kerana mahu membawa anak saya berusia dua tahun ke bilik air.

"Apabila keluar bilik air saya segera memanggil namanya kerana mahu menidurkan dia, tetapi panggilan tidak berjawab sebelum mencarinya di dalam rumah.

"Namun saya rasa tidak sedap hati apabila ternampak pintu di bahagian dapur terbuka dan sama sekali tidak menyangka dia terjatuh ke dalam air sebelum dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nur Hilwa Edrea adalah anak kelima kepada abang sulung Nurfa Asheera, Mohd Fariz Zaifan Mohd Zanua, 31, serta isterinya, Nazifah Mustafar, 29.

Semalam, Harian Metro melaporkan mangsa dipercayai terjatuh kira-kira 3 petang, sebelum ditemukan tidak bernyawa oleh penduduk kampung pada jarak 20 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Mangsa dijumpai terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 3.40 petang di dalam parit berhampiran rumah pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apal kira-kira jam 11 pagi hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 19-12-2022 07:31 PM
tlg la manusia jgn lah hadap sgt views ke atau konten mcm ni.
sensitif la sikit pada keluarga ni.
Quote noor2 19-12-2022 07:39 PM
Gambar pun sama...bayangkan kita mak yg kematian anak mcm ni...
Quote slyfynx 19-12-2022 07:48 PM
Aku baru je tgk sape ntah letak kt reel IG.
Bangang sgt eh.
Ko nk ape share mende ni kt public?
Dah la ko xde kaitan langsung dengan arwah.
Quote jejaka_hensem 19-12-2022 08:06 PM
Babi hutan kan org yg rekod pastu pergi sebarkan!
Semoga hidup dorang tak aman selagi mana tak minta maaf dengan ahli keluarga mangsa
Quote edayildiz 19-12-2022 08:07 PM
kesian..yg post video bagai tu hati kering sungguh..
sianya sbb ank dh kira bsr jgk tu ..
Quote alieyrina 19-12-2022 08:10 PM
Apa yg ampa harapkan dr society yg henpon berjahit kat tangan ni ..
Quote xtinkerbellx 19-12-2022 08:25 PM
Tak sanggup nak tengok
Quote Zack8hunter 19-12-2022 08:28 PM
byk betul cerita sedih 2-3 hari ni.. hiba rasa hati
Quote haruslah 19-12-2022 08:29 PM
Biasa la
Netz suka jadi yg terpaling
Quote airfilterkotor 19-12-2022 08:34 PM
Yang merakam tu ada ditempat kejadian.
Sedara mara?
Kalau tak tersebar video, sapa lagi.
Quote pearl.silver 19-12-2022 08:40 PM
Org yg rakam mayat 3 beradik kne renjatan tu pun xpatut..
Quote Thunderclouds 19-12-2022 09:05 PM
Org kita ni bukan takat empathy, conscience pon zero. Tambah2 jaman la ni,ada otak pn sanggup campak longkang demi secebis content. Igt yg kes drebar trailer yg xcident bulan lepas. Merata2 bidio dia mati tu org pakat2 share kt group wassap. Arwah tu dh nazak sanggup xcall family sendri bgtau dia xcident. Dlm nazak tu masih nk jg emosi ank bini. Hgpa? Kalo yg mati tu ank branak hgpa, hgpa suka dak org share rata bidio musibah mcm tu? Same goes to the rest of us.
Quote shernazz 19-12-2022 09:15 PM
Kesiannya..meraung la.mak.dia.oi..dah la anak dah takde..orang dok sebar2 video plak...
Quote makita 19-12-2022 09:17 PM
Dulu2 zaman lom ada socmed, sokabar bahasa cina yg rajin tunjuk benda2 ngeri ni. Nak2 org mati eksiden.
Quote asfaz 19-12-2022 09:26 PM
Org yg merakam dan sebarkan dah tentulah org2 terdekat keluarga ni jugak. Ada jugak tgk video tu tp dah diblurrkan.
Quote raxief 19-12-2022 11:35 PM
Thunderclouds replied at 19-12-2022 09:05 PM
Org kita ni bukan takat empathy, conscience pon zero. Tambah2 jaman la ni,ada otak pn sanggup campak ...

trailer yg eksiden kat PLUS nilai tu ke?
Quote ketambangkang 20-12-2022 09:09 AM
ummah fb siap kecam video tu sbb katanya cara buat cpr salah
Quote rosedemon 20-12-2022 09:39 AM
xpenah tengok.sian. padam la weii
Quote bulan_gerhana 20-12-2022 09:43 AM
ade 1 lagi video yg org up kat fb.. yg 3 beradik mati sbb kene electric shock kat kelantan tu..  iols tertgk smlm... tu pun sama.. apo la yg dihadap sgt dgn view agaknya..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top