Pernah memberikan teguran secara terbuka mengenai kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu Casablanca, personaliti media sosial iaitu Cikgu Zack Kirana dilihat tidak kekok bertentang mata dengan penyanyi duo, Naufal Azrin dan Nuha Bahrin dalam satu majlis hiburan, baru-baru ini.
Mengakui dirinya seorang yang tenang, Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim, berkata dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap Nuha dan Naufal berhubung isu tersebut. Ini kerana mereka berdua bukanlah penulis lirik untuk karya berkenaan dan hanya menyampaikan lagu tersebut mengikut kefahaman masing-masing. "Tak pernah ada rasa marah atau simpan dendam. Saya ini tenang orangnya. Kami dari dua bidang yang berbeza, tetapi tujuannya sama untuk berkarya.
"Teguran saya sebelum ini untuk lirik dan mereka adalah penyanyi. Saya faham tugas mereka untuk meraikan lirik lagu tersebut. Apabila berjumpa pertama kali ini, saya sempat tegur dan bertanya khabar," katanya kepada mStar. Ketiga-ketiga mereka dipertemukan dalam satu temubual ketika hadir ke majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. Isu teguran tersebut mula timbul apabila Zack mempertikaikan penggunaan kata denyut dalam lagu tersebut yang dilihat tidak sesuai untuk menggambarkan sifat hati yang berdegup.
|
imransulaiman replied at 17-12-2022 12:22 PM
Cikgu sekolah kerajaan ke? Kalau ya, boleh pula imej macam tu?
Dulu, kat sekolah adik aku (sekolah ...
PetitionWriter replied at 17-12-2022 01:26 PM
cegu tusyen je la dia ittewwwwwwww meran
kohkohkohkohkohkohkoh
ADVERTISEMENT