CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 9

Denyut Ke Degup? Cikgu Zack Akhirnya Dapat Jumpa Nuha Dan Naufal "Tak Marah Atau Simpan Dendam"

[Copy link]
Post time 16-12-2022 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Pernah memberikan teguran secara terbuka mengenai kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu Casablanca, personaliti media sosial iaitu Cikgu Zack Kirana dilihat tidak kekok bertentang mata dengan penyanyi duo, Naufal Azrin dan Nuha Bahrin dalam satu majlis hiburan, baru-baru ini.


Mengakui dirinya seorang yang tenang, Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim, berkata dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap Nuha dan Naufal berhubung isu tersebut.


Ini kerana mereka berdua bukanlah penulis lirik untuk karya berkenaan dan hanya menyampaikan lagu tersebut mengikut kefahaman masing-masing.


Foto: mStar




"Tak pernah ada rasa marah atau simpan dendam. Saya ini tenang orangnya. Kami dari dua bidang yang berbeza, tetapi tujuannya sama untuk berkarya.


"Teguran saya sebelum ini untuk lirik dan mereka adalah penyanyi. Saya faham tugas mereka untuk meraikan lirik lagu tersebut. Apabila berjumpa pertama kali ini, saya sempat tegur dan bertanya khabar," katanya kepada mStar.


Ketiga-ketiga mereka dipertemukan dalam satu temubual ketika hadir ke majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.


Isu teguran tersebut mula timbul apabila Zack mempertikaikan penggunaan kata denyut dalam lagu tersebut yang dilihat tidak sesuai untuk menggambarkan sifat hati yang berdegup.




  



Pelbagai respon dalam kalangan peminat yang diterima oleh Zack sebelum ini kerana dianggap tidak memahami penyampaian kata-kata puitis dalam penghasilan sebuah lirik lagu.


Tidak ambil pusing dengan kritikan yang diterima, Zack dalam masa sama terbuka untuk bekerjasama dengan Naufal dan Nuha di masa akan datang.


"Kalau kita ambil semua yang negatif maka ia boleh beri kesan semua kehidupan kita sampai boleh tak lena tidur. Jadi saya ambil yang positif sahaja.


"Apa salahnya saya nak bekerjasama dengan mereka kerana saya pun ada menulis puisi, tetapi untuk menyanyi tidaklah," jelasnya.




  



Mengambil pendekatan sama, Nuha juga menganggap teguran Zack adalah sebagai satu ilmu baharu dan dia terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan untuk memperbaiki kualiti dalam lagu.


Populariti lagu Casablanca telah melayakkan mereka tercalon dalam dua kategori iaitu Lagu Trending Tergempak dan Video Muzik Tergempak dalam GMWA2022.


"Kami tidak langsung ambil teguran itu sebagai satu perkara negatif. Malah kami boleh belajar sesuatu yang baharu.


"Mungkin selepas ini Cikgu Zack boleh dijadikan tempat rujukan untuk lagu-lagu baru kami," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 04:56 PM | Show all posts
muka perempuan tu awat kejang aje...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni boleh la geng dengan wukong TERPALING yereb la katakn,semua lagu nak diarabkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu sekolah kerajaan ke? Kalau ya, boleh pula imej macam tu?

Dulu, kat sekolah adik aku (sekolah rendah) ada 3 orang guru perempuan yang rambut pendek ala pengkid. Perwatakan pun sedikit boyish. Kalau turn aku yang jemput adik aku balik sekolah, mesti aku perhati gaya dorang bertiga...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 01:25 PM | Show all posts
nape ramai badut grad dari UM ye??

kohkohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 01:26 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 17-12-2022 12:22 PM
Cikgu sekolah kerajaan ke? Kalau ya, boleh pula imej macam tu?

Dulu, kat sekolah adik aku (sekolah  ...

cegu tusyen je la dia ittewwwwwwww meran

kohkohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2022 01:26 PM | Show all posts
denyuuuuuuuuuuuuuuuut

bijik mu bergetaaaaaaaaaar

kohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by codenamedream at 17-12-2022 03:11 PM

Dah kenapa isu ni timbul balik.

Penggunaan denyut ni tak salah ya. Hanya kerana ngko rasa denyut ni untuk kelentit sahaja. Denyut jantung lebih tepat berbanding degup. Degup tu bunyinya. Denyut tu gerakannya.

Denyut
Definisi : gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau de­baran jantung; ~ nadi gerakan nadi; berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya; denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Degup
Definisi : 1. bunyi spt bunyi benda jatuh ke tanah; 2. bunyi spt bunyi denyutan jantung yg keras; berdegup berbunyi degup: Haji Ibrahim juga cuba menguasai kegusaran Ahmad walau­pun dlm dirinya sendiri ~ debaran-debaran bimbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
PetitionWriter replied at 17-12-2022 01:26 PM
cegu tusyen je la dia ittewwwwwwww meran

kohkohkohkohkohkohkoh

Astagaaaaaaaa....ingatkan chegu SK SJK(C) SJK(T) SMK SMK(A)

Makasih ye pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2022 10:03 AM | Show all posts
suka tgk vid cikgu zack ni sbb dr situ kita belajar betulkan bahasa kita apa yg selama ini kita fikir dh betul sgt dh...  - positif..positif..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.104503 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list