CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Banjir Dengan Pesakit, China Kembali Derita Gelombang Covid-19

16-12-2022 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2544| Komen: 26

BEIJING – China kembali ‘menderita’ apabila melalui gelombang kejam Covid-19 akibat tindakan negara itu melonggarkan undang-undang perintah berkurung yang ketat, lapor MailOnline semalam.


Kelongaran tersebut dibuat selepas tercetus demonstrasi besar-besaran terhadap pemerintahan Presidennya, Xi Jinping.

Akibatnya ketika ini hospital-hospital dibanjiri ramai pesakit, klinik-klinik mempunyai barisan panjang orang ramai dan pertambahan bilangan doktor serta jururawat yang turut jatuh sakit, menurut catatan di rangkaian media sosial di negara itu.

Foto:AFP

Secara rasmi, jumlah kes Co­vid-19 sudah menurun, tetapi hanya selepas Suruhanjaya Ke­sihatan China menyatakan bahahwa ia tidak lagi melaporkan jangkitan baharu asimptomatik Covid-19.


Sebelum ini, ia menyebabkan kenaikan tinggi kes harian virus korona itu, manakala Ujian Tindak balas berantai polimeras (PCR) juga sudah dikurangkan.

Pakar-pakar juga memberi amaran bahawa China akan dihantui oleh gelombang jangkitan Covid-19 kerana melonggarkan sekatan perintah berkurung.

Ini bermakna tiada imuniti semula jadi telah dibina, manakala vaksin dari negara tersebut dipercayai kurang berkesan berbanding dengan Barat.

Penganalisis yang bercakap dengan MailOnline berkata, risi­ko sistem kesihatan China yang terbeban adalah besar apabila kematian akan mula meningkat kerana orang ramai tidak dapat mengakses penjagaan kesihatan.

“Hospital kami penuh dengan pesakit. Terdapat 700 (hingga) 800 orang yang demam datang setiap hari. Kami kehabisan stok ubat untuk demam dan selesema, kini menunggu penghantaran daripada pembekal kami,” kata seorang doktor yang dikenali sebagai Li di sebuah hospital di Sichuan.

Seorang jururawat di hospital lain di Chengdu berkata: “Saya dibanjiri dengan hampir 200 pesakit dengan simptom Covid-19 pada malam tadi (malam kelmarin).”

Media kerajaan Xinhua melaporkan pada Selasa bahawa di ibu kota Beijing terdapat 50 pesakit berada dalam keadaan serius atau kritikal di hospital setelah dijangkiti dengan virus korona itu.

Beberapa hospital di Beijing mempunyai sehingga 80 peratus kakitangan yang dijangkiti Covid-19, tetapi kebanyakan me­reka masih perlu bekerja ke­rana kekurangan pekerja, kata seorang doktor di sebuah hospital awam di Beijing kepada Reuters.

Dalam pada itu, di Hospital Chaoyang, kira-kira sedozen orang menunggu dalam barisan khemah biru di tengah-tengah suhu di bawah sifar dengan seorang yang berada di dalam barisan mengeluarkan sebotol pembasmi kuman dan menyemburnya di sekelilingnya.

Walaupun peraturan tentang Covid-19 dilonggarkan, kebanyakan restoran ditutup atau kosong di ibu negara dengan banyak perniagaan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerja yang bebas daripada virus korona.

Sanlitun iaitu salah satu daerah beli-belah paling popular di Beijing kelihatan lengang walaupun pagar antiCovid-19 dirobohkan sejak beberapa hari kebelakangan ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 16-12-2022 09:52 AM
Mmg skg ni musim demam pun..tuhari ank aii baru ja lepas habis ubat antiviral influenza.. 2 org +ve influenza.. yg lain viral fever ja.
Cuma nasib baik ank aii ambik vaksin influenza..efek sakit tu xteruk..xperlu admit spital..just makan ubat ja kat rumah..lepas 5hari alhamdulilah dah sembuh baik mcm biasa..mula2 ingatkan kena covid..test -ve tak terpiki nak test influenza..p panel doc suggest utk test influenza..sbb 3hari demam dah
Quote Simunggu 16-12-2022 10:10 AM
nak ambil vaksin influenza, ada? di mana? mahal ya?
Quote orkid_amani 16-12-2022 10:22 AM
Simunggu replied at 16-12-2022 10:10 AM
nak ambil vaksin influenza, ada? di mana? mahal ya?

Kat private ada. Mcm aii tuhari kena booking..bila dah sampai turn nama baru panel kol. Kena tunggu jugak..Rega bawah rm100 ja..xingat la..kalau xsilap dewasa bawah 100 budak dlm 60-80 gitu kot..kami ambik 1family
Quote bottombikini 16-12-2022 01:15 PM
Simunggu replied at 16-12-2022 10:10 AM
nak ambil vaksin influenza, ada? di mana? mahal ya?

iols buat aritu kat klinik area taman permata..RM90
kena call dulu klinik2 ni harga pun lain2 kadangnya


Quote Nenolen 16-12-2022 01:45 PM
Allahu…tak tau nak kata apa dah…
Quote ninja boy 16-12-2022 02:13 PM
X abis2 china covid
Quote CiliPadiSedap 16-12-2022 02:22 PM
Rasanya masalah covid negara china ni pakar cariforum blastoff boleh selesaikan. Sebab dia ada degree in cari maklumat di google dan kaji cuaca
Quote Belibis 16-12-2022 02:30 PM
Hiiiiiidup..bagaikan pentas opeeeera...
Wing
Quote PetitionWriter 16-12-2022 02:34 PM
bala lgbt

bangsa etis
Quote Kak-Rohana 16-12-2022 04:44 PM
CiliPadiSedap replied at 16-12-2022 02:22 PM
Rasanya masalah covid negara china ni pakar cariforum blastoff boleh selesaikan. Sebab dia ada degre ...

Tu lah diaorang tak dengor nasihat Blast.. rebus cengkeh. Tak pun telan Zantel..
Quote Orangkaya99 16-12-2022 06:48 PM
lantak lah ko cine.. dah pengotor sgt..makan pun haiwan eksotik..negara lain tkyah ikut ikut cara china nih.. saje je nak menjual vaksin
Quote gigahertz 16-12-2022 07:01 PM
CiliPadiSedap replied at 16-12-2022 06:22 AM
Rasanya masalah covid negara china ni pakar cariforum blastoff boleh selesaikan. Sebab dia ada degre ...

Cina ni angkuh. Sibuk nak buat vaksin sendiri.
Sekarang kena.buat kerja dua kali
Quote CiliPadiSedap 16-12-2022 07:12 PM
gigahertz replied at 16-12-2022 07:01 PM
Cina ni angkuh. Sibuk nak buat vaksin sendiri.
Sekarang kena.buat kerja dua kali

Mesti nyesal siapa cucuk beksin cina. Kaka  pizer. So far  kesan sampingan cirit birit, bahu ada magnet ( dh sharing rumah lama)

Adk kaka cucuk cina, seingat kaka dia ada gap lg lama berbanding baksin lain

Zaman tu nak rentas daerah pun kena cucuk
.
Quote Kitty_catz 16-12-2022 07:18 PM
kita export je abam  blastof ke china

lepas ni teruih takdak kes cobid dahh kat sana

Quote makadek 16-12-2022 07:45 PM
Ape teruk naw
Quote R2D2 16-12-2022 08:11 PM
kerajaan nak kasi longgar pasal rakyat tertekan peringkat berkurung kerap sgt
pakar2 pulak bantah
sampai ke sudah payah nak capai titik persamaan
Quote ina_na 16-12-2022 09:16 PM
Kalo kat China Sana je X pe..kang dtg gila Pak menteri kita duk beria nk import pelancung dr China tuk memeriahkan industri pelancongan Malaysia... Kalo x terkesan x pe..alih2 kita yg x p mana2 kn kurung lg ...
Quote gideoncross 16-12-2022 10:17 PM
Zombie apocalypse.
Quote becir 16-12-2022 11:06 PM
My wish came true manager office sana kena covid. Harap2 lepas ni jadi zombie jela

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041114 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top