View: 2261|Reply: 25
|
Hospital Banjir Dengan Pesakit, China Kembali Derita Gelombang Covid-19
[Copy link]
|
|
BEIJING – China kembali ‘menderita’ apabila melalui gelombang kejam Covid-19 akibat tindakan negara itu melonggarkan undang-undang perintah berkurung yang ketat, lapor MailOnline semalam.
Kelongaran tersebut dibuat selepas tercetus demonstrasi besar-besaran terhadap pemerintahan Presidennya, Xi Jinping.
Akibatnya ketika ini hospital-hospital dibanjiri ramai pesakit, klinik-klinik mempunyai barisan panjang orang ramai dan pertambahan bilangan doktor serta jururawat yang turut jatuh sakit, menurut catatan di rangkaian media sosial di negara itu.
 Foto:AFP
Secara rasmi, jumlah kes Covid-19 sudah menurun, tetapi hanya selepas Suruhanjaya Kesihatan China menyatakan bahahwa ia tidak lagi melaporkan jangkitan baharu asimptomatik Covid-19.
Sebelum ini, ia menyebabkan kenaikan tinggi kes harian virus korona itu, manakala Ujian Tindak balas berantai polimeras (PCR) juga sudah dikurangkan.
Pakar-pakar juga memberi amaran bahawa China akan dihantui oleh gelombang jangkitan Covid-19 kerana melonggarkan sekatan perintah berkurung.
Ini bermakna tiada imuniti semula jadi telah dibina, manakala vaksin dari negara tersebut dipercayai kurang berkesan berbanding dengan Barat.
Penganalisis yang bercakap dengan MailOnline berkata, risiko sistem kesihatan China yang terbeban adalah besar apabila kematian akan mula meningkat kerana orang ramai tidak dapat mengakses penjagaan kesihatan.
“Hospital kami penuh dengan pesakit. Terdapat 700 (hingga) 800 orang yang demam datang setiap hari. Kami kehabisan stok ubat untuk demam dan selesema, kini menunggu penghantaran daripada pembekal kami,” kata seorang doktor yang dikenali sebagai Li di sebuah hospital di Sichuan.
Seorang jururawat di hospital lain di Chengdu berkata: “Saya dibanjiri dengan hampir 200 pesakit dengan simptom Covid-19 pada malam tadi (malam kelmarin).”
Media kerajaan Xinhua melaporkan pada Selasa bahawa di ibu kota Beijing terdapat 50 pesakit berada dalam keadaan serius atau kritikal di hospital setelah dijangkiti dengan virus korona itu.
Beberapa hospital di Beijing mempunyai sehingga 80 peratus kakitangan yang dijangkiti Covid-19, tetapi kebanyakan mereka masih perlu bekerja kerana kekurangan pekerja, kata seorang doktor di sebuah hospital awam di Beijing kepada Reuters.
Dalam pada itu, di Hospital Chaoyang, kira-kira sedozen orang menunggu dalam barisan khemah biru di tengah-tengah suhu di bawah sifar dengan seorang yang berada di dalam barisan mengeluarkan sebotol pembasmi kuman dan menyemburnya di sekelilingnya.
Walaupun peraturan tentang Covid-19 dilonggarkan, kebanyakan restoran ditutup atau kosong di ibu negara dengan banyak perniagaan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerja yang bebas daripada virus korona.
Sanlitun iaitu salah satu daerah beli-belah paling popular di Beijing kelihatan lengang walaupun pagar antiCovid-19 dirobohkan sejak beberapa hari kebelakangan ini. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mmg skg ni musim demam pun..tuhari ank aii baru ja lepas habis ubat antiviral influenza.. 2 org +ve influenza.. yg lain viral fever ja.
Cuma nasib baik ank aii ambik vaksin influenza..efek sakit tu xteruk..xperlu admit spital..just makan ubat ja kat rumah..lepas 5hari alhamdulilah dah sembuh baik mcm biasa..mula2 ingatkan kena covid..test -ve tak terpiki nak test influenza..p panel doc suggest utk test influenza..sbb 3hari demam dah |
|
|
|
|
|
|
|
nak ambil vaksin influenza, ada? di mana? mahal ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 16-12-2022 10:10 AM
nak ambil vaksin influenza, ada? di mana? mahal ya?
Kat private ada. Mcm aii tuhari kena booking..bila dah sampai turn nama baru panel kol. Kena tunggu jugak..Rega bawah rm100 ja..xingat la..kalau xsilap dewasa bawah 100 budak dlm 60-80 gitu kot..kami ambik 1family |
|
|
|
|
|
|
|
iols buat aritu kat klinik area taman permata..RM90
kena call dulu klinik2 ni harga pun lain2 kadangnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahu…tak tau nak kata apa dah… |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya masalah covid negara china ni pakar cariforum blastoff boleh selesaikan. Sebab dia ada degree in cari maklumat di google dan kaji cuaca |
|
|
|
|
|
|
|
Hiiiiiidup..bagaikan pentas opeeeera...
Wing |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 16-12-2022 02:22 PM
Rasanya masalah covid negara china ni pakar cariforum blastoff boleh selesaikan. Sebab dia ada degre ...
Tu lah diaorang tak dengor nasihat Blast.. rebus cengkeh. Tak pun telan Zantel..  |
|
|
|
|
|
|
|
lantak lah ko cine.. dah pengotor sgt..makan pun haiwan eksotik..negara lain tkyah ikut ikut cara china nih.. saje je nak menjual vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 16-12-2022 06:22 AM
Rasanya masalah covid negara china ni pakar cariforum blastoff boleh selesaikan. Sebab dia ada degre ...
Cina ni angkuh. Sibuk nak buat vaksin sendiri.
Sekarang kena.buat kerja dua kali |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 16-12-2022 07:01 PM
Cina ni angkuh. Sibuk nak buat vaksin sendiri.
Sekarang kena.buat kerja dua kali
Mesti nyesal siapa cucuk beksin cina. Kaka pizer. So far kesan sampingan cirit birit, bahu ada magnet ( dh sharing rumah lama)
Adk kaka cucuk cina, seingat kaka dia ada gap lg lama berbanding baksin lain
Zaman tu nak rentas daerah pun kena cucuk
. |
|
|
|
|
|
|
|
kita export je abam blastof ke china
lepas ni teruih takdak kes cobid dahh kat sana 
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan nak kasi longgar pasal rakyat tertekan peringkat berkurung kerap sgt
pakar2 pulak bantah
sampai ke sudah payah nak capai titik persamaan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kat China Sana je X pe..kang dtg gila Pak menteri kita duk beria nk import pelancung dr China tuk memeriahkan industri pelancongan Malaysia... Kalo x terkesan x pe..alih2 kita yg x p mana2 kn kurung lg ... |
|
|
|
|
|
|
|
My wish came true manager office sana kena covid. Harap2 lepas ni jadi zombie jela |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 16-12-2022 09:16 PM
Kalo kat China Sana je X pe..kang dtg gila Pak menteri kita duk beria nk import pelancung dr China t ...
Back to zmn 22bulan.lah...hari tu dah kena, dia kata ok ja now, apa salahnya kan...
Yg penting bukan time dia buat pkp... |
|
|
|
|
|
|
| |
|