CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhalusinasi Pulang Dari Bercuti Di KL, Remaja Lelaki Hilang Lepas Lari Ke Hutan

15-12-2022 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2206| Komen: 21

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Norhisham Saifudin pada jam 6.17 petang.



Norhisham dipercayai hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir, Kuala Krai pada Rabu.

"Menurut dakwaan abangnya, remaja berkenaan dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan dan tidak dapat dikesan.

"Pihak kami dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain telah memulakan operasi pencarian di sekitar kawasan hutan yang terletak 8 kilometer dari rumah mangsa," katanya dalam satu kenyataan.



Anggota bomba dengan bantuan penduduk mencari remaja lelaki yang dipercayai hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir, Kuala Krai pada Rabu.

Menurut beliau, bantuan dari Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan untuk mengesan remaja berkenaan.

Terbaru, remaja itu dikatakan sudah lima hari tidak tidur sebelum kejadian Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa hilang selepas lari ke kawasan yang perlu melalui sebuah kebun getah itu pada jam 4.45 petang.

Ibunya, Rahaida Ghani@Hassan, 49, mendakwa anak keempat daripada enam beradik itu mengalami halusinasi selepas pulang bercuti di Kuala Lumpur.

“Dia tidak dapat tidur malam dan kerap memberitahu ada budak memanggilnya sambil menunjukkan ke arah kawasan yang tidak ada siapa-siapa pun.

“Dia juga bersiap-siap untuk keluar dengan membawa beg galas dan memberitahu ada orang sedang menunggunya,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Khamis.

Ujar penoreh getah itu lagi, Norhisham kebetulan hilang pada hari sama keluarga bercadang untuk membawanya ke hospital.

“Kami tak beritahu pun nak bawa dia ke hospital. Tiba-tiba sahaja dia keluar rumah.

“Ketika dipanggil oleh abang sulungnya, dia lari ke dalam hutan dan dikejar sejauh 100 meter namun terus hilang ke hutan,” katanya.


Sumber: Sinar Harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-12-2022 12:13 AM
Lima hari tak tido? Ada barang tambahankah?


Quote Goodluckdontcry 16-12-2022 12:22 AM
Den ni pun ada terdetik..ko g kl..jumpa kwn2 yg bg brg ke... blk kelate, ko xtido2....ada kan drug yg popular kat America..skali ko pekena..ko xtido berhari2..pastu act like zombie..ada dlm YouTube...

Tp...tahla dik.. moga ko dijumpai dan selamat..
Quote supernaturalee 16-12-2022 04:03 AM
Haiyooo barang ape ko dh ambik ni dek

Btw bila bc kata hutan blkg rmh igtkn btl2 blkg rmh
Sekali 8km dr rmh
Literally je rupanya

Quote sukacactus 16-12-2022 06:15 AM
Apa barang ko bw balik dr kl tu?
Sesuatu sangat
Quote otai_g 16-12-2022 06:22 AM
Spt biasa, makhluk halus jgk yg akan dipersalahkan.
Quote ezacbee 16-12-2022 06:45 AM
Bahaya jajan dari KL.
Quote chandrahusin 16-12-2022 07:04 AM
Kwn ko bg apa dik
Smpai berhalusinasi ko
Quote prince_marhaen 16-12-2022 09:36 AM
...anak keempat daripada enam beradik itu mengalami halusinasi selepas pulang bercuti di Kuala Lumpur..


ye ke kau halusinasi dik... ntah ntah hadek-hadek bottom frust kena dump boypren KL..balik kampung feeling2 tersiksa gittew..atau alasan nak gi lari duk KL dah syok dik? jangan asyik nak salahkan makhluk halus je lah..
Quote prettyuglybabe 16-12-2022 10:57 AM
cuba check entah-entah dah selamat sampai kl..
Quote wirazam 16-12-2022 11:00 AM
18 tahun..dah boleh cari kerja ni..ni mesti nak cari keje kat kl Kan...buatlah cara betul dik
Quote wirazam 16-12-2022 11:00 AM
prettyuglybabe replied at 16-12-2022 10:57 AM
cuba check entah-entah dah selamat sampai kl..

Baru nak ckp...sbb siap bawa beg lagi Tu..
Quote tri-max 16-12-2022 11:03 AM
hahah korang nih, kesian org bunian asik kena tuduh culik manusia
apa apa pun semoga dijumpai la kesudahannya
tak kira kat KL ke Kuala Krai ke, janji selamat cukup
Quote She-Ra 16-12-2022 11:04 AM
zaman fitnah, semua kena termasuk makhluk halus
benda tu mmg wujud tp jgn la manjang nk salahkan makhluk halus.. ghisau duk layan ole dr KL je.. KL ni mcm2 hado dekkkkk
Quote pearl.silver 16-12-2022 11:05 AM
3 hari xtido. Amik barang la kn
Quote Supersirap 16-12-2022 11:47 AM
Semoga dapat ditemui dalam keadaan yang selamat
Quote shy79 16-12-2022 05:35 PM
halusinasi ke ko khayal sbb barang dekk?
mcm pelik pulak tak tido kalau kena sampuk sekali pun hmmm
Quote KamikuP 16-12-2022 06:14 PM
Mungkin dah kene telan ular sawa tak?
Quote Kitty_catz 16-12-2022 06:33 PM
dah sampai kl tu,.. nak nengok world cup screen beso kat kedai mamak
Quote selipar_hijau 17-12-2022 09:32 AM
Ko kedarah ice ke tak tido berhari2 dekk.. kesian org bunian asik kena fitnah je

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.079658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top