Beto Kusyairy sebelum ini pernah memaklumkan penantian zuriat merupakan soalan lazim yang diterimanya namun, dia sedikit pun tidak pernah menyalahkan takdir dan akur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya.
Malah, Beto atau nama penuhnya, Nur Kusyairy Zakuan Osman, 42, berkata, pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden. “Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami. “Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani. “Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya. Menerusi perkongsian di TikTok milik peminat aktor berkenaan, sebuah video berdurasi 10 saat yang memaparkan foto momen manis Beto bersama isterinya, Tisha Shahar dimuat naik. Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah tulisan pada paparan skrin berkenaan yang merujuk kepada soalan lazim yang pernah diterima pasangan ini termasuklah soal kahwin lain kepada Beto. “Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat mendoakan agar pasangan ini dikurniakan dengan kehadiran zuriat malah ada yang menyifatkan kesetian yang ditunjukkan pasangan ini amat mahal ertinya terutamanya pada zaman sekarang. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|