CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3699|Reply: 36

Dah 14 Tahun Kahwin Tak Ada Anak, Ada Yang Menyibuk Tanya Beto Kusyairy Tak Nak Kahwin Lain Ke?

[Copy link]
Post time 15-12-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Beto Kusyairy sebelum ini pernah memaklumkan penantian zuriat merupakan soalan lazim yang diterimanya namun, dia sedikit pun tidak pernah menyalahkan takdir dan akur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya.


Malah, Beto atau nama penuhnya, Nur Kusyairy Zakuan Osman, 42, berkata, pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.




Foto: IG




“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.


“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.




  



“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.


“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya.







Menerusi perkongsian di TikTok milik peminat aktor berkenaan, sebuah video berdurasi 10 saat yang memaparkan foto momen manis Beto bersama isterinya, Tisha Shahar dimuat naik.


Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah tulisan pada paparan skrin berkenaan yang merujuk kepada soalan lazim yang pernah diterima pasangan ini termasuklah soal kahwin lain kepada Beto.


“Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulisnya.


  



  



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat mendoakan agar pasangan ini dikurniakan dengan kehadiran zuriat malah ada yang menyifatkan kesetian yang ditunjukkan pasangan ini amat mahal ertinya terutamanya pada zaman sekarang. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 03:13 PM | Show all posts
takpela bang...asal ko bahagia jer la happy2 dgn beanie ko...
biase la nerakazen terpaling nih..
haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:17 PM | Show all posts
mcm tulah netizen bila hati dah hitam...org tu aman2 jer laki bini. x yah laaa jd mangkuk jamban
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya jahat yang taip gitu. Nasib kau la si Beto jenis jaga mulut. Cer kau komen gitu kat Shanaz ka Fezrul misalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Biadap yg bertanya tu
Ntah apa2 perangai
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
comel  bini dia….
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Classy jawapan. Nasib baiklah mulut dia tak sehangsuang engko nurtizen oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 15-12-2022 05:19 PM

mmg hansuang yach spisis suh kawen2 lain ni. circle aiol pun ada ja, boleh beranak pinak tp perangai depa masing2 buruk cara berckp dan cara kelaku, tak pulak cadg suami sndiri kawen lain. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok kot ada rezeki dapat anak sorang pon nurtizen rempan bila nak tambah anak. Cucuk dengan soalan bagi lakibini bergaduh seperti di atas.

Baideway bini dia comel. Semoga kasih sayang sampai ke akhir usia. Gittew ucapan aku macam si Beto baca.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul mulut. Biadap sgt suruh org kawin lagi, Ba Alif Ba Ya sekali akhlak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 05:34 PM | Show all posts
eeeewahhh netijen punnnnn
dorang hidup bahagia je kot, yg sakit hati naw kenapa? haiyoooo
dia ni antara pelakon kesukaan iols.. bg la watak apa, mesti menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada anak pun bukan jaminan rumahtangga tak bercerai berai.
Tapi memang hansuang sapa yang tanya begitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 07:21 PM | Show all posts
Yg bertanya tu...awat p bagi soalan mcm tu kat Beto?....xnak try tanya Siti Elizad?...silap besar nt kena carut balik lps tu keluar thread baru ada netizen kena basuh dgn Siti Elizad lol

Doa2 banyak.....Inshaallah semoga dikurniakan rezeki buat sesiapa yg masih menantikan zuriat sendiri...Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow soalan??aku pulak menyrap baca
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:55 PM | Show all posts
Tak baik tanya soalan macam tu. Adab kat mana. Adalah lebih baik kita doakan semoga beto sentiasa bahagia dengan wife dia dan dikurniakan rezeki anak. insyaallah. Allah sentiasa dengar doa kita. lambat atau cepat je dia akan bagi rezeki.
Aku sukalah Beto berlakon.aku rasa suara dia unik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
berdua pun bahagia, insyallah adalah rezeki.
si netizen tu memang jahat, asal tak dapat anak suruh jantan kawin lain, dibuatnya sijantan yang bermasalah macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik sungguh ha dgn zahiril adzim
Getaways togeda2
Both sgt talented

Btw congratulations mng best supporting actor ffm baru2 ni utk filem mat kilau
Totally deserved it
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:44 AM | Show all posts
biorla dia kalau nak anak lama dah dia angkat2. ni bhgia xpelah. dpd kome tu ada anak tp asek gado ajee
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada anak bukan penentu bahagia. Yg bertanya tu akai tadak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.226847 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list