Menimang cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Pastinya pelbagai persiapan dilakukan bagi menyambut kelahiran zuriat yang dinanti-nantikan.
Namun bagi seorang wanita, kebahagiaan itu tiba-tiba terhenti selepas membuat pemeriksaan kandungan di sebuah klinik swasta. Mana tidaknya, dia disahkan positif HIV selepas pemeriksaan darah dilakukan. Apa yang lebih menghairankan, virus tersebut dikesan pada usia kandungannya memasuki 33 minggu. Menerusi perkongsian di laman Facebook Page ibu hamil, wanita berkenaan bertanyakan sama ada situasi sepertinya turut dihadapi oleh wanita lain.
“Assalamualaikum. Adakah sini ibu-ibu mengandung detect positif HIV? “Saya pregnant anak nombor empat, sekarang 33 minggu. Pertama kali buka buku pink dekat klinik swasta. “Entahlah doktor test double line pula tapi tak terang. Takut, risau sebab entah dari mana dapat,” luahnya. Selepas dimaklumkan positif, ujian darah turut dilakukan ke atas suaminya. Namun, keputusan yang diterima adalah negatif. Dalam pada itu dia turut meluahkan rasa hairan kerana tidak dimaklumkan lebih awal iaitu semasa buku pemeriksaan kandungan atau ‘buku pink’ dibuka pada awal kehamilan. “Time buka buku mereka tak bagitahu, sekarang 33 minggu baru dimaklumkan,” ujarnya. Bagi memastikan sama ada dia benar-benar menghidap HIV, pihak klinik membuat sekali lagi ujian darah pada Selasa. Pastinya wanita ini berharap berlaku ralat pada keputusan ujian awal yang diterimanya sebelum ini. “Tadi ambil darah repeat, insyaAllah negatif. Risau sangat,” luahnya lagi. Perkongsiannya itu mendapat maklum balas daripada warganet. Melihatkan situasi yang dialami wanita terbabit agak ‘rare’, warganet meninggalkan komen memberi kata semangat kepadanya. Malah kesemua mereka mendoakan supaya keputusan awal yang diperoleh itu berlaku kesilapan atau ralat pada kit ujian. “Jangan risau sis, kadang masalah teknikal insyaAllah tak ada apa-apa. “False result sis. Tunggu next test result ya! Boleh jadi kit tu yang rosak juga... moga semua urusan dipermudahkan, jangan stres ya. “Yang test pertama boleh jadi false positive. Tunggu result darah... kalau negative maksudnya result test pertama tu salah,” ujar beberapa netizen memberi kata-kata perangsang kepadanya. Menyusuri ruangan komen, terdapat salah seorang pelayar Facebook yang mengakui pernah berdepan situasi hampir sama. Berkongsi pengalaman, dia menyatakan keputusan ujian menunjukkan dia mempunyai sifilis. Ekoran itu, dia bergaduh dan menuduh suaminya berlaku curang. Namun selepas ujian darah kedua dilakukan, dia menzahirkan rasa syukur apabila keputusan adalah negatif. Justeru, dia cuba menenangkan wanita terbabit supaya tidak terlalu bimbang akan keputusan awal yang mungkin berlaku ralat. “Negatif tu sis jangan risau... saya hari tu pun sama, mula ambil darah doktor kata ada sangkut sifilis. Saya punya risau sampai gaduh dengan suami sebab dah tentu saya tuduh dia. “Sampai suami saya kata, saya tak percaya dia... lepas keluar result kedua rupanya negatif. Yang hari tu silap... sia-sia bergaduh. “Saya harap sis sabar ya, kadang-kadang ada kesilapan, InsyaAllah semua baik-baik,” ujarnya yang turut hamil anak keempat. Seorang lagi pelayar Facebook turut berkongsikan situasi yang dialami selepas turut disahkan positif HIV. “Sama dengan saya sis. Saya buka buku dekat klinik swasta, masa awal-awal kandungan ambil ujian darah. Keputusan 50-50... terduduk saya sis, menangis siang malam berdoa dan berharap semua tak betul. Doktor ambil sampel darah kedua dan hantar ke lab lain. Alhamdulillah, keputusan negatif,” ujarnya berkongsi pengalaman. -CARI Sumber: mStar Online
|
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...
Firenzza: Nape marah kt laki sbb dpt sif ...
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...
Decaffeinated replied at 15-12-2022 05:10 PM
Kenapalah buka thread cerita belum habis. Nak suruh kita buat apa sementara tunggu result second tes ...
CiliPadiSedap replied at 15-12-2022 10:13 PM
Sorry tanya hiv ni transmit melalui darah sahaja atau bersin atau apa?
rosedemon replied at 16-12-2022 07:20 AM
tnya jela laki ko tu lahai. sah2 dpt dari laki. tp kot ko tpegang darah ke boleh jgkit ke?
Firenzza replied at 15-12-2022 02:59 PM
Nape marah kt laki sbb dpt siflis? Patutnya laki dia yg suspect mcm2 kt bini dia
Atata replied at 16-12-2022 07:29 AM
Std biasanya perempuan dapat dari patner. Siflis, gonorea lelaki transmit pada bini pas dia bersed ...
ADVERTISEMENT