CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Selamatkan 2 Adik Dari Kebakaran Dapat Pingat Hang Tuah

14-12-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1221| Komen: 14

Menjerit meminta tolong sambil mendukung adik bongsunya keluar dari rumah terbakar.

Itulah tindakan nekad kanak-kanak berusia lapan tahun sehingga berjaya membawa keluar dua adiknya dari kebakaran yang berlaku di kediaman mereka di Kampung Melayu pada Jun lalu.


Menceritakan detik cemas kira-kira pukul 10.55 pagi pada 29 Jun lalu, Mohamad Danish Haikal Mohd Firdaus berkata, ketika kejadian, dia dan adiknya Nur Dhia Delisha, 6, sedang tidur di dalam bilik. 


Mohamad Danish Haikal Mohd. Firdaus menunjukkan demonstrasi cara dia mendukung adik bongsunya, Nur Dhia Delisha ketika menyelamatkan diri daripada kebakaran kediaman mereka di Kampung Melayu, Kluang Jun lalu.

Katanya, secara tiba-tiba seorang lagi adiknya, Mohamad Darish Rizqie, 7, datang mengejutkannya dan memberi tahu ada api di atas kerusi di ruang tamu dan tanpa berlengah, mereka berlari ke dalam bilik mandi mengambil air menggunakan baldi untuk cuba memadamkan kebakaran, namun, api semakin marak. 

“Melihat keadaan itu, tanpa berlengah, saya mendukung Delisha selain mengarahkan Rizqie memegang baju bagi memimpinnya untuk keluar melalui pintu belakang sambil menjerit minta tolong. 

“Seorang jiran yang kebetulan berada di belakang rumah kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah bagi membolehkan kami tiga beradik keluar,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Danish, ketika kejadian, bapanya Mohd Firdaus Mohd Nasir, 33, dan ibunya Nurhidayah Shamsuddin, 31, tiada di rumah kerana bekerja. 

Berikutan keberanian luar biasa dan tindakan berani menyelamatkan dua adiknya, Danish dianugerahkan Pingat Hang Tuah sempena sambutan hari kanak-kanak sedunia, baru-baru ini. 

Sementara itu, ibunya, Nurhidayah Shamsuddin ketika ditemui menzahirkan rasa syukur dengan keberanian dan tindakan pantas anak sulungnya itu yang menyelamatkan adik-adiknya. 

“Sepatutnya, dia sekolah pada hari kejadian, namun kerana cermin matanya hilang menyebabkannya tinggal bersama adik-adiknya yang turut bersekolah di tadika berhampiran rumah.

“Selepas kejadian, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga mereka kerana trauma bimbang berlaku kejadian serupa,” katanya.

Keluarga ini juga sudah berpindah dari Kampung Melayu ke Taman Sri Impian kerana bimbang untuk menyewa rumah jenis separuh papan lagi. 

 
Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dee4ellese 14-12-2022 11:18 AM
Bagus budak ni! Acik doakan ko jadi budak berjaya dan berguna pada masyarakat..
Quote Nizleen86 14-12-2022 11:20 AM
Semoga ko jadi anak yg berjaya dunia akhirat dik.
Quote awanearisu 14-12-2022 12:35 PM
Abang yang bijak. Pantas tindakannya.
Quote alieyrina 14-12-2022 12:37 PM
Bijaknya kau dik
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 12:39 PM
Hang Tuah ni yang bunuh Hang Jebat tu bukan, baguslah dah besar nanti jadi pembunuh dekkk
Quote Suchi 14-12-2022 12:54 PM
Walau spek mata dia patah dia masih mampu selamatkan adik2 kira nampak juga la dia.
Btw kalau dia g sekolah adik2 dia tu duk umah sendirian tanpa dipantau org dewasa ke?
Kejadian kul 10.55 kira adik dia tak g tadika juga ke atau sek sesi petang?
Quote Budakmomok 14-12-2022 01:06 PM
Tahniah abang
Quote mamajawie 14-12-2022 03:48 PM
bijaknya budak ni..smoga membesar menjadi insan berguna demi bangsa n negara..acik salute ko dik..
Quote Sazreena 14-12-2022 06:17 PM
Bertanggungjawab sungguh abangnya. Good job dik.
Quote Buritan 14-12-2022 06:19 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 12:39 PM
Hang Tuah ni yang bunuh Hang Jebat tu bukan, baguslah dah besar nanti jadi pembunuh dekkk

Jgnlaa ckp mcm tuu.. nangis mak dia nok oii
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 07:14 PM
Buritan replied at 14-12-2022 06:19 PM
Jgnlaa ckp mcm tuu.. nangis mak dia nok oii

Berkata benarlah walaupun pahit, raja adil raja disembah, raja zalim raja disampah kapanama
Quote Zack8hunter 14-12-2022 07:19 PM
persoalannya mcm mana tiba2 ada api kt kerusi? adik dia main mancis ke?
Quote Nham22 14-12-2022 07:23 PM
Mcmane boleh ade api pulakkkkkkkk....
Quote boo04 9-12-2024 07:59 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.127004 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top