View: 920|Reply: 14
|
Budak 8 Tahun Selamatkan 2 Adik Dari Kebakaran Dapat Pingat Hang Tuah
[Copy link]
|
|
Menjerit meminta tolong sambil mendukung adik bongsunya keluar dari rumah terbakar.
Itulah tindakan nekad kanak-kanak berusia lapan tahun sehingga berjaya membawa keluar dua adiknya dari kebakaran yang berlaku di kediaman mereka di Kampung Melayu pada Jun lalu.
Menceritakan detik cemas kira-kira pukul 10.55 pagi pada 29 Jun lalu, Mohamad Danish Haikal Mohd Firdaus berkata, ketika kejadian, dia dan adiknya Nur Dhia Delisha, 6, sedang tidur di dalam bilik.
Mohamad Danish Haikal Mohd. Firdaus menunjukkan demonstrasi cara dia mendukung adik bongsunya, Nur Dhia Delisha ketika menyelamatkan diri daripada kebakaran kediaman mereka di Kampung Melayu, Kluang Jun lalu.
Katanya, secara tiba-tiba seorang lagi adiknya, Mohamad Darish Rizqie, 7, datang mengejutkannya dan memberi tahu ada api di atas kerusi di ruang tamu dan tanpa berlengah, mereka berlari ke dalam bilik mandi mengambil air menggunakan baldi untuk cuba memadamkan kebakaran, namun, api semakin marak.
“Melihat keadaan itu, tanpa berlengah, saya mendukung Delisha selain mengarahkan Rizqie memegang baju bagi memimpinnya untuk keluar melalui pintu belakang sambil menjerit minta tolong.
“Seorang jiran yang kebetulan berada di belakang rumah kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah bagi membolehkan kami tiga beradik keluar,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Danish, ketika kejadian, bapanya Mohd Firdaus Mohd Nasir, 33, dan ibunya Nurhidayah Shamsuddin, 31, tiada di rumah kerana bekerja.
Berikutan keberanian luar biasa dan tindakan berani menyelamatkan dua adiknya, Danish dianugerahkan Pingat Hang Tuah sempena sambutan hari kanak-kanak sedunia, baru-baru ini.
Sementara itu, ibunya, Nurhidayah Shamsuddin ketika ditemui menzahirkan rasa syukur dengan keberanian dan tindakan pantas anak sulungnya itu yang menyelamatkan adik-adiknya.
“Sepatutnya, dia sekolah pada hari kejadian, namun kerana cermin matanya hilang menyebabkannya tinggal bersama adik-adiknya yang turut bersekolah di tadika berhampiran rumah.
“Selepas kejadian, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga mereka kerana trauma bimbang berlaku kejadian serupa,” katanya.
Keluarga ini juga sudah berpindah dari Kampung Melayu ke Taman Sri Impian kerana bimbang untuk menyewa rumah jenis separuh papan lagi.
Sumber: UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus budak ni! Acik doakan ko jadi budak berjaya dan berguna pada masyarakat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ko jadi anak yg berjaya dunia akhirat dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Abang yang bijak. Pantas tindakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hang Tuah ni yang bunuh Hang Jebat tu bukan, baguslah dah besar nanti jadi pembunuh dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Walau spek mata dia patah dia masih mampu selamatkan adik2 kira nampak juga la dia.
Btw kalau dia g sekolah adik2 dia tu duk umah sendirian tanpa dipantau org dewasa ke?
Kejadian kul 10.55 kira adik dia tak g tadika juga ke atau sek sesi petang?
|
|
|
|
|
|
|
|
bijaknya budak ni..smoga membesar menjadi insan berguna demi bangsa n negara..acik salute ko dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertanggungjawab sungguh abangnya. Good job dik. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 12:39 PM
Hang Tuah ni yang bunuh Hang Jebat tu bukan, baguslah dah besar nanti jadi pembunuh dekkk
Jgnlaa ckp mcm tuu.. nangis mak dia nok oii |
|
|
|
|
|
|
|
persoalannya mcm mana tiba2 ada api kt kerusi? adik dia main mancis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmane boleh ade api pulakkkkkkkk.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|