CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Anti-Ph. Saya Cuma Anti Orang Dan Keputusan Bodoh," Caprice Bengang Tuala Wanita Diberi Percuma Di Pejabat KKM

13-12-2022 08:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4950| Komen: 62

Caprice meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang menyatakan memulakan inisiatif memberi tuala wanita percuma di tandas kementeriannya.


Menerusi hantaran video di Instagram, Caprice mempersoalkan tindakan Dr Zaliha yang memulakan inisiatif tersebut di kementeriannya dan bukan kepada golongan yang tidak berkemampuan.


Foto: IG

“Mungkin itu idea yang bagus tetapi bagaimana untuk orang miskin, orang asli, hospital dan di sekolah?

“Saya tak boleh terima. Come on Malaysia. Kita baru sahaja keluar daripada Covid. Sesetengah orang fikir saya anti-PH. Saya bukan anti-PH. Saya cuma anti orang dan keputusan bodoh.

“Adakah ini Raja Lawak? “Kita sebagai rakyat ada hak untuk bersuara dan ini bukanlah permulaan yang baik untuk mulakan Malaysia baharu,” ujarnya tegas.



Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan akan melaksanakan inisiatif tuala wanita percuma kepada wanita daripada golongan kurang berkemampuan dalam usaha memerangi kemiskinan haid.

KKM menerusi menterinya Dr Zaliha berkata sebagai permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan di pejabatnya sendiri. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-12-2022 08:49 PM
Kepris nak pad jugak ke?

Quote sharlenetexas 13-12-2022 08:50 PM
Ini baru permulaan. Nak testing2 dulu. Kalau berjaya akan diberi kepada kumpulan sasar. Paham tak kepris?

Quote scarflicious 13-12-2022 08:51 PM
Kepris, surat saman mydin daah siap belum?
Quote ladybugz 13-12-2022 09:10 PM
betula la apa yg caprice tu bgtau. yg buat pilot (test) about kemiskinan pad di tempat org berduit dah kenapa? mcmana nk valid test tu? kalau nk paham prinsip testing n evaluating pun fail teruk ni guna methodology apa ni? org dlm kkm ade bgtau team dia ni nampaknya x boleh harap sgt. satu lg isu ni sepatutnya di bawah kementerian wanita bukannya kkm. dah kkm sibuk nk buat kerja kementerian lain dah kenapa? dah xde isu lain ka yg betul2 bawah kkm yg nk di tackle?? awal2 dah kena panggil menteri pad.
Quote ziee 13-12-2022 09:12 PM
di pejabat kementerian juga ada pekerja2 pembersihan (acik cleaner) yg kurang kemampuan..mungkin juga pekerja2 cafe atau pengawal2 keselamatan..
Quote lightheaded67 13-12-2022 09:39 PM
ladybugz: betula la apa yg caprice tu bg ...

face mask, covid self test kit, thermometer, oximeter acikmailsabri dh bagi. hehe
Quote sleepandream 13-12-2022 09:56 PM
haritu kan iols singgah makan dekat warung depan hospital seberang jalan...
selamber je pakcik2 situ sapkok dalam warung tu...
and ada la jugak few staff hospital (sbb pakai uniform khenn) duk situ buat buta jahh...

Quote beta_carotene 13-12-2022 10:17 PM
awat la kepris ni bodoh sgt..
ni kan testing je.. mmg target dia utk bagi kt org2 miskin nnt..

gi mampus je la ko
Quote kemala.sigh 13-12-2022 10:35 PM
Dia ni, semua isu nak comment ye. Menyampah
Quote puanserama 13-12-2022 10:44 PM
Naper cap.. ko nak jugak ke..
Quote CurangLagi 13-12-2022 10:49 PM
Actually di sabah banyak ja NGO buat ni. Bagi2 tuala wanita sama yg perlu.. Pernah terikut join satu program under Projek OPOL.. Benda ni selalu org anggap kecik tp ada ja org yg mmg x mampu beli.


Untuk x out topik.. Sabar nyah cap.. Bawak mengucap. Walaupun ada benernya yg topi nasi ni cakap. Hahahahaha
Quote Matpon 13-12-2022 11:05 PM
siapa pembekal tuala tersebut.?
keluar duit nampak.?
Quote Raman 13-12-2022 11:07 PM
Alahai Tapi dulu langsung takde so tayah komen la…klu cuma ada belalai senyap je la bro
Quote H0rr0rfan 13-12-2022 11:11 PM
Actually, this is a good initiative. Tapi mungkin pilot study tu kena buat dekat tempat yang berkaitan dengan kumpulan sasaran. Contohnya, rumah gelandangan etc.
Quote bankerpencen 13-12-2022 11:28 PM
Kalau buat terus dekat klinik kesihatan ke sekolah sekitar hulu selangor, nanti ada yang bising “habis tu kat (insert nama negeri) tak payah?”

Sama je. Ada je yang takkan puas hati.
Quote bankerpencen 13-12-2022 11:29 PM
Better la daripada takde inisiatif langsung. Ada yg makan gaji buta, beli merc je.
Quote hzln 13-12-2022 11:36 PM
Saya sarankan kementerian perluaskan inisiatif ini bukan terhad kpd pad sahaja, kondom juga perlu disediakan secara percuma utk golongan spt kepris, agar tidak membiak dan membazirkan oksigen di bumi
Quote cheezel 13-12-2022 11:41 PM
Pe cite saman mydin tu?
Quote matjerk 13-12-2022 11:51 PM
Dia sendiri pun tak cerdik mana... takde kelulusan apa2 . Tiba2 bagi talk kat budak2 unibersiti. boo

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.097601 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top